Tuesday, December 22, 2009

Corat Coret balik kampung

Hiii semua. Hari ni masih penat lagi. Balik dari Kelantan Ahad lepas. Kami bergerak dari KL ke Kota Bharu pada hari Khamis selepas Zohor. Alhamdulillah perjalanan lancar. Tetapi sepanjang perjalanan begitu banyak accident. Ada yang baru lagi berlaku. Nampak pemandunya masih berada di tempat duduk dengan kaki berdarah eee ngeri. Terdengar org menjerit2. Kami tak berhenti sebab perjalanan masih jauh lagi. Selepas tu di mana tak ingat lah..ada lagi kemalangan, kereta terbalik. Dan yang ketiga, kereta melanggar pembahagi jalan. Sepanjang balik tu kami berdoa semoga perjalanan kami dilindungi oleh Nya. Alhamdulillah kami sampai ke kampung pukul 10 malam. Penatnya tuhan je tau.

Hari kedua aktiviti penuh di rumah mak saudara yang mengahwinkan anaknya. Maknanya sepupu kamilah yang nak kawin tu. Kenduri kawin di Kelantan pada hari Jumaat sememangnya biasa. Tapi bg org yang diluar Kelantan hari Jumaat jarang buat kenduri kawin. Majlis bermula pukul dua petang sampai ke lewat petang. Hujan pulak sekejap lebat sekejap berhenti. Malam pulak diadakan majlis harijadi Baby. Cucu kepada tuan rumah. Selepas tu kami pulang dengan keletihan setelah seharian di rumah kenduri.

Esoknya aktiviti bermula pada pagi hari. Berjalan-jalan di Pasar Siti Khadijah bersama si suami. Humaira tinggal bersama Tok Ma nya. Aku yang tak berapa sihat disebabkan mabuk..gagahkan jugak nak berjalan. Kali ni tak byk memborong sebab tudung takde yang menarik pun(pada pandanganku). Beli yang org mengirim dan utk aku baju batik bersama tudung sehelai. Itu je. Angan2 dari Kl nak beli periuk lah..itulah inilah ermm langsung tak beli pun.

Malamnya masing2 dah tak larat nak keluar. Ingat nak pegi Wakaf Che Yeh tapi tak larat sangat dan hujan sangat lebat. Duduklah dirumah diam2.

Esoknya kami bergerak dari Kota Bharu lebih kurang 10.30 pagi. Kereta banyak dan yang paling seksa lori balak pun banyak. Di Merapoh tengah2 hutan tu tiba2 ada lori panjang melintang melintang atas jalan raya. Nasib baik ada ruang muat2 je kete lalu..kalau tak bertapa lah kami di tengah2 hutan atas bukit tu. Disitu jalan jam sekejap. Sepanjang jalan hujan kadang2 berhenti. Nak bawak laju pun tak berani. Bila sampai tol bentong rupanya jalan jam lagi. Dekat highway boleh laju pun 10km sejam. Bygkanlah laju mana tu. Nak sampai tol Gombak barulah clear. Dalam 10 jam kami dalam perjalanan. Begitulah catatan perjalanan ke Kelantan tempoh hari. Sekiannnn.


Sambutan hari jadi



Aikk birthday saper sebenar ni ye


Bersama pengantin


Humaira terlentok dengan tok ma nya



Pelamin yang cantik. Besar betol kerusinya




Wednesday, December 16, 2009

Nak update jugak (KLITF '09)




Cerita lama. Tapi nak update jugak. Masa ni ada event di opisku iaitu KLITF 2009 (Kuala Lumpur International Trade Forum) pada 12 Nov 2009. Kali ni seronok sebab dapat jumpa Raja Nazrin yang hensem tu. Tapi terlupa nak snap sebab dalam hall takkan lah pulak aku beriya nak snap gambar pulak.
Itu saje update untuk hari ni. Kepada semua esok aku Kelantan rumah PIL. Sape nak kirim tudung..bole bole saje. Aduii setiap kali balik Kelantan rabaklah poketku..tudung bawal, baju batik hehe.


Monday, December 14, 2009

Takde tajuk

Sana sini semua orang bercuti. Tapi bila kita sefamili nak bercuti ni bang??..bz memanjang je ni.

SDSI, MITC Melaka


Wednesday, December 9, 2009

Malam MATRADE 2009

Malam MATRADE kali ni hanya di Menara MATRADE. No more hotel-hotel. Last year di One World Hotel. So layan jelah gambar-gambar di bawah ni.
Aku yang makin tembam hehehe. Baju lama yang dipakai ketika zaman belajar degree dulu. (Ape motip hehehe..muat lg baju tu :) )
Sebahagian menu pada malam tersebut. Meja kitaorang ni ala..ala pirana. Sampai je makanan terus serbu.


Penuh dengan warna merah dan hitam.



Nombor yang tak bertuah.


Adik-adik baru join MATRADE.


Dengan Elle simata kelabu.

Kak Ina & CC Normah


Tuesday, December 8, 2009

Kandungan 11 minggu

Assalamualaikum,
Cepat benar masa berlalu. Bulan ni mengakhiri tahun 2009. Sungguh pantas masa berlalu.

Tadi ku pergi buat check up. Baby dalam kandungan dah masuk 11 minggu. Pregnant kali ke-2 ni, kadang2 aku hampir terlupa yang aku tengah pregnant. Selamba je angkat barang berat2. Pregnant kali ni suka makan masam2. Dulu masa mengandungkan Humaira gile soto, sekarang laksa pulak. Setiap minggu nak makan laksa. Pastu makan asam2. Buah amrah/kedondong suka sangat.

Dijangka bersalin 26/6, tahun 2010. Berdebar saat2 bersalin kembali menghantui. Takootttnya tuhan je tau.

Semoga baby dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya Amin.

Tuesday, December 1, 2009

Takde mood

Maaflah semenjak dua menjak ni, tiada mood untuk berblog. Mungkin sebulan dua lagi kembali aktif. Tolonggg saya tak larat untuk muntah..pening yang hebat. Begitu besar dugaan mengandung. Tiba-tiba insaf.

Tuesday, November 24, 2009

Cerita pasal mengidam daging dendeng


Bila pregnant ni kalau teringinkan sesuatu macam tak sempat-sempat. Alkisahnya aku teringin sangat nak makan daging dendeng dari Jumaat lepas. Sebenarnya nak masak taklah susah sgt. Cuma rajin tak rajin je. Plan nya nak mak masakkan balik raya ni. Tapi sebab dah ngidam sangat, ku masak sendiri daging dendeng tu.


Gigihnya merebus, menggoreng, menumbuk daging. Buatnya agak renyah sedikit. Dan ini lah hasilnya walaupun tak sedap sgt tapi tertunailah hajat nak makan daging dendeng.




Friday, November 20, 2009

Lambatnya masa

Setiap hari rutin yang dibuat adalah sama. Pagi siap-siap ke tempat kerja, balik dengan hal rumah, dan tidur. Dan kemudian esoknya dah pagi. Bertambah pulak dengan mabuk yang melanda. Rasa serba tak kena. Nak makan..tapi takde kepuasan. Nak berjalan, badan tak larat. Sekejap-sekejap cari kerusi nak duduk. Cepat sangat nak pitam. Bila duduk rumah, Humaira pulak yang sekarang ni byk benar ragamnya. Gelisah duduk di rumah. Tapi kalau berjalan senyap tak berbunyi pun. Sabor banyak-banyak.

Yelah dia dah 9bulan. Dah pandai berkawan. Dah pandai nak tengok hal luar. Duduk rumah pandang muka abah dan ibu. Mestilah boring kan. Ohh Humaira, kalau ibu larat bolehlah pergi jalan-jalan..pegi Zoo ke, playground ke. Sian anak ibu..

Teringin untuk pergi bercuti ke satu tempat yang tenang, aman, dan penuh keseronokkan. Bila lah waktu nya tu???

Tuesday, November 17, 2009

Sekitar di Majlis Akikah Muhammad Ammar Zharif

Comey je tgk Ammar tido. Sian pengantin penat layan tetamu hehe.

Kak Chor sebagai tuan rumah. Sejak jadi kakak makin garang Kak Chor ni

Gift utk tetamu


Ramainya orang datang. Menu adalah nasi beriani kambing.



Humaira di samping opah dan andak




Kanak-kanak asyik menonton Astro Ceria.

Wednesday, November 11, 2009

Semoga mendapat Haji yang mabrur

Setelah seharian di info booth, aku terpaksa mintak pulang awal pukul 6ptg. Sepatutnya stay lewat sikit, tp terpaksa berkejaran nak ke Tabung Haji, Kelana Jaya pulak sebab pakcik aku iaitu Angah & isterinya Mak Ngah nak pergi menunaikan rukun Islam yang ke 5.

Pakcikku tinggal di Johor Bahru tiba di KL ptg semalam. Mak, tok dan wan tiba petang semalam jugak. ABah tak dapat dtg kursus 3 hari. Di Tabung Haji punyalah ramai orang bersesak-sesak. Diorang daftar pukul 10.30malam. Sempatlah bersembang-sembang dengan Angah dan Makngah. Sian diorang tau pun last minute. Jadi mmg tergesa2.


Itu dia Angah adik mak aku dengan isterinya. Siap berpakaian ihram.



Gambar bersama keluarga.

Humaira ceria disamping opahnya.

INTRADE 2009, Menara MATRADE

Semalam adalah hari pembukaan Pameran INTRADE 2009 di ofisku. Aku duty seharian di info booth. Korang tau non stop org dtg ke info booth. Tapi seronok sebab enjoy jumpa ramai org. You name it, nak kulit putih ke, hitam ke, kuning ke, coklat ke semua ada. Bermacam-macam ragam. Aduii cakap mcm ayam dgn itik pun ada kelakar jugak. Mintak biz card..bagi tag nama dia ekekek. Pastu ada mamat Jepun ni cakap mulut tak reti nak bukak. Macam-macam peel. SIap kenyit2 mata pun ada pak arab gatal sungguh, nasib baik ensem hahahha.
Belum sempat nak round2 dlm exhibition tu sebab bz sangat. OK itu saje layan jelah gambar-gambar ni ye.
Posing di awal pagi. Time ni org masih tak ramai



Our team. Kitaorang ni baik hati tau siap usher visitor nak gi washroom, prayer room, ATM services. Adoiii sakit kaki akak ni. Tp bila ptg tunjuk2 jelah kat arah mana, akak dah penat giloss.

Tok Pa, our Minister lalu depan Info Booth.


Sedap-sedap..sambil buat keje makan. Tapi sekejap je licin..tak sempat nak makan.



Discussion area. Business meeting between seller and buyer.


Ok sekian...




Wednesday, November 4, 2009

Saya sangat rindukan ini budak..tolongg








Lunch Hour di Opis

Di waktu tengahari yang indah..perut masing-masing dah kenyang..hasil dari tangkapan sandwish telur air tgn Faizah. Jadinya kami-kami berborak-borak aje. Kak Ina membuat air tea merasmikan tea set company bagi.


Lawa jugak set ni.


Monday, November 2, 2009

Loya-loya

Pening-pening, loya-loya kembali menyerang. Sangatttttttttttttt tak suka keadaan macam ni. Teringin nak makan..tapi selalu tak puas. Tak kena gaya keluar semua balik. Contohnya balik baru ni mintak mak masakkan sup ikan merah. Punya excited nak makan tapi..akhirnya beberapa suap aje.

Mintak sangat pregnant kali ni, jgnlah mabuknya seteruk dulu. Hari ni terpaksa Anip hantarkan sebab pagi2 lagi aku dah nak pitam. Pastu gi check BP(blood pressure) rendah. Kena minum banyak-banyak ye.
Blog Widget by LinkWithin