Thursday, May 29, 2008

Majlis Kenduri 25Mei 2008

Assalamualaikum

Setelah sekian lama menghitung hari, alhamdulillah majlis aku berjalan dengan lancar. Di rumah 2 minggu sebelum kenduri telah rasa kemeriahan nya. Jiran-jiran yang dtg silih berganti menolong apa yang patut di rumah aku. Aku bersyukur majlis kenduri di rumah aku berjalan dengan sempurna. Terharu dgn sokongan saudara mara, jiran-jiran dan juga kawan2 semua yang sama2 memberi idea, sponsor dan membantu sewaktu kenduri berlangsung. Tidak terkira rasanya perasaan gembira, terharu dan macam2 lagi. Begitu juga kepada semua saudara mara, rakan-rakan tak kira jauh dan dekat terima kasih memberi hadiah dan dtg untuk memeriahkan majlis.

Rombongan dari pihak perempuan akan bertolak ke kelantan pada esok malam. Doakan semoga perjalanan kami selamat semuanya.

Gambar akan di 'post' kan sedikit masa lagi.

Wassalam

No comments:

Post a Comment