Tuesday, June 10, 2008

Sekapur Sireh



Alhamdulillah kenduri sebelah perempuan dan juga lelaki semuanya berjalan lancar. Nak diceritakan dari A hingga Z mungkin tak cukup ruang untuk ditulis. Mmg untuk mendirikan masjid macam-macam dugaan tak kira sebelah pihak lelaki mahupun perempuan. Tertumpah juga air mata..maklumlah nampak jer kuat tapi sebenarnya lemah.

Tapi alhamdulillah kami melaluinya dengan tenang. Dan sekarang ni hidup berkeluarga dugaan nya tentu nya lagi hebat.

Masih lagi proses untuk menyesuaikan diri maklumlah bercinta tak sama dengan hidup bersama. Masing2 dengan ego nya..pe'el masing2, taste masing2. Tp bak kata org tua byk2 kan bersabar bertolak ansur, ingat pada tuhan insyaallah selamat semuanya.

Penat kenduri sebenarnya tak hilang lagi, maklumlah Perak dan Kelantan perjalanan yang jauh. Kesian ada yang muntah 'monggek' ke Kelantan. Tak biasa jalan di Grik yang penuh mencabar. Aku pulak alhamdulillah tak mabuk time tu. Risau juga badan time tu terlampau penat. Cuma kuatkan semangat jer.

Aku bersyukur diri ini disayangi ramai. Tak terbalas rasanya kepada semua yang banyak membantu menjayakan majlis. Kepada semua kami pihak pengantin ucapkan berjuta2 terima kasih di atas sumbangan wang, tenaga, masa dan semuanya bagi menjayakan majlis tersebut.

Hanya Allah sahaja yang boleh membalasnya.

Amin..

Haza & Hanif

2 comments:

  1. emm...xpe, elok laa tak mabuk balik Kelantan aritu...tak lama lagi mmg ko asik mabuk jaa tetiap pagi!hahahaha...

    btw gamba ko kawin yg ada kat aku, aku dah upload dlm blog aku....:)
    http://azamyraa.blogspot.com/

    ReplyDelete