Thursday, August 28, 2008

Al-Fatihah

Semalam hari yg sedih bg kami sekeluarga. Pergi nya opah yang aku sayang ke rahmatullah.
Terasa baru je bersembang, mkn bersama..tp smlm opah dah takde. Last aku jumpa opah, last week. Pegi dgn Ma dgn Makteh rumah opah. At that time, dia sgt ceria jumpa kitaorang. Siap mkn dan suka teh tarik yg Ma buat. Opah kata dia suka goreng pisang, tp kitaorang tak jumpa kedai goreng pisang yang bukak lg masa tu. SO aku dlm hati berkata next time dtg rumah opah nak bwk goreng pisang yg selalu aku beli dekat dgn rumah aku. Goreng pisang tu sedap :-)

Lepas tu opah tau yg aku mengalami alahan teruk sewaktu mengandung. Dia pun byklah bg petua n nasihatkan aku jgn makan jantung pisang, pucuk labu dan pelbagai pantang larang org tua seperti jgn duduk atas bendul, duduk di akar pokok, lilit tuala di tengkuk dan mcm2 lg. Dan yg paling aku sedih sampai sekarang..opah ckp dia nak buatkan utk aku rempah jamu utk lepas bersalin. Opah memang terer buat rupanya. Ramai yg mintak dia tlg buatkan. Yelah skang ni mana nak cari homemade buat semua tu. Opah cari 44 jenis ramuan ntahler aku pun tak reti sgt apa bhn2 nya. Rupanya tak sempat opah nak tgk cicit dia yg sulung ni.

Opah mmg ada sakitkencing manis tp masih boleh berjalan dan bergerak. Cuma opah tiba2 demam kuat dan tak sedarkan diri. Pastu opah koma since ahad sampailah Selasa. Tak sanggup tgk wayar2 berselirat dekat muka dan tgn opah. Doktor kata ada jangkitan kuman dlm darah. So effect pd organ2 yg lain. Sedihnya..yelah tak lama lg menyambut puasa. Suka dgn rendang opah buat. Setiap tahun makan rendang opah buat..tp kali ni dah takde merasa. Allah lebih sygkan opah. Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment