Monday, September 8, 2008

8 Ramadhan 1429 Hijrah

Assalamualaikum

Hari ni dah 8 Ramadhan. Sekejap aje masa berlalu. Pejam celik pejam celik nanti dah 30 Ramadhan. Untuk baju raya tahun ni taklah se excited masa bujang dulu. Taktaulah kenapa. Mungkin takut nanti baju dah tak muat kot.. yelah perut ni dah besar skit. Sekarang ni boleh lg pakai baju kurung masih muat lagi. Tapi mood bershopping raya tu blum dtg lagi.

Last weekend kitaorang pegi Jusco n IKEA. Beli skit brg rumah. Penatnya tuhan jer tau. Masa tgk brg tak pulak penat, bila balik lembikkknya rasa nak pijak tanah pun tak larat. hehhehe mcm budak kecik br puasa pulak. N semalam anip yg masak utk berbuka. heheheh thank bang rajin abg :-) lain kali masak lg yer

Semalam menu berbuka adalah:

Ayam Bakar
fries
Roti John

Tapi ayam bakar tu tak berapa menjadi sebab masuk microwave. Rasa tu ok cuma overcooked agaknya. kalau bakar atas bara mungkin jadi gamaknya. Roti john pulak senang jer buatnya n tentulah lg sedap dari yg jual. sebab boleh letak telur n daging melimpah ruah hehehhe. Buah pulak makan jambu batu dan buah delima. Jambu batu bagus sebab berserat tinggi. Maklumlah bolan posa ni susah nak buang air hehehhe minum kurang sgt.

Hari ni nak masak apa yerr...cdgnya kari ikan, pekasam. Kalau sempatlah. Sekarang ni balik punyalah jam sangat. Nak menyampaikan ke rumah tu jenuhhnya. Dengan pasar ramadhan yang sana sini semua tu buat jam je jalan hukhukhuk.


Oklah sok kita citer lagi . Boiiii

No comments:

Post a Comment