Tuesday, October 7, 2008

Raya 2008

Kejap je masa hari ni dah masuk raya ke 7. Alhamdulillah perjalanan blk kg selamat, walaupun merentas jem..barulah raya dak.kalau clear je jln bukan raya namanya heheh(ayat sedapkan hati :P)

1st raya di rumah tok kat Kg Gajah, Perak. Raya ke 3 balik ke K.Bharu rumah mertua sampai hari Ahad. Makan??Ermm usah citelah..mkn dgn hebatnyaaaa. Cuma dekat kelantan yg aku mabuk. Mungkin makanan sana agak manis skit tu yg tak serasi lagi. Lepas mkn jer sure keluar balik..sabor jelah.

Gambar tak byk ambik kali ni. N tak suka melawa pun. Lipstick pun kena paksa pakai. Sebab mak kata nampak pucat sgt.


Tengok ni..mcm siput jer kete bergerak. Adalah dlm 10km sejam jer lajunya.Kalau tak silap ni belum sampai Gua Musang lagi ni.


Semua bersusun je kete. Berduyun2 org nak balik kg. Kete dr sebelah sana tak byk pun..tapi bahaya kalau memotong sebab jln berbukit dan byk selekoh tajam. Memula jam tu kitaorang boleh lg gelak2 lah. AKu pun siap ckp kat Anip, takpe bang take it as fun..hahahha lepas tu aku pun stress jugak. Salah kitaorang gak lewat gerak dr k.bharu..dlm pukul 3ptg baru gerak. Yelah mcm2 aktiviti kat sana, pergi kenduri lah, beraya lah.
Pukul 4pg baru sampai kl. Maknanya 13 jam, dlm kete.huhuhu sakit bontot aku. Aku gilir2 bwk kete dgn anip..tak sampai hati tgk dia bwk sensorang.


Tuuuuu dia..org kl nak balik kl. Stress lah..kl jam..balik kg jam..pastu on da way balik jam.


Gambar ni di ambil masa kitaorang dari perak ke kelantan. Ni dekat grik. Betul2 atas puncak bukit..Sejukkk berkabus skit. Time ni tenang skit drive , sebab kete tak byk sgt.



Singgah kat hentian grik. Walau jln bengkang bengkok tp alhamdulillah aku tak mabuk. Mungkin cuaca pun tak panas sgt. relax je bwk kete time tu. Sempat posing2 lagi. Hehehhe.



Ni je gambar yg sempat di ambil time pg raya. Menu2 atas meja pun tak sempat ambik sebab excited nak mkn lemang, rendang, soto sampai lupa nak snap gambar. Ni 1st raya sebagai isteri ahakss..tp kan aku kdg2 lupa yg aku ni dah kawin. Makan pun lupa nak pelawa husband sendiri huhuhu ampunnn banggg.

1 comment:

  1. salam..
    Mak oiii jem cam gitu..baik naik beskal atau jln kaki..ahaks..

    ReplyDelete