Wednesday, September 9, 2009

Lagi 10 hari nak raya

Ekekke macam budak kecikkan duk mengira berapa hari lagi nak raya. Bukan apa tahun ni raya seronok lebih sikit sebab dah ada Humaira. Kalau tahun lepas, time raya aku tgh mabuk, jadinya keseronokkan nak makan tu kurang.

Baju Humaira dah dibeli. Seronoknya tgk baju budak pompuan. Rambang mata nengoknya. Siapkan duit aje. Nak fesyen macam mana semua ada heheh. Baju kurung dia tahun ni ada 3 pasang. 2 di sponsor oleh Opah dgn Opah Teh. Beraya sakan anak ibu ye.

Teringat masa zaman budak2 dulu, main bunga api kat rumah lrg 4A, Kg Bahagia. Tempat main bunga api di rumah Kak Itah. Kak Ju (jiran depan rumah) dgn adik2nya pun ada skali. Bunga api patah2 kan baling ke lantai. Abis lantai rumah Makcik Timah putih2. Teruk betullah mengotorkan lantai rumah org. Mintak maaflah ye :)

Lepas berbuka sibuk nak pasang panjut keliling rumah. Ptg dah siap2 taruk minyak dlm panjut tu. Meriah sangat waktu tu rumah terang benderan dengan panjut. Budak-budak sekarang rasanya dah tak ramai yg dpt melalui saat2 manis macam tu.

Kepada kawan-kawan lama:
1. Kawan-kawan di Lrg 4A, (Kak Itah and adik beradiks), Kak Ju and adik beradiks dan lain-lain
2. Kawan2 Sek Keb Sultan Idris II
3. Kawan2 Sek Men Keb Seri Perak

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Raya tahun ni jemputlah dtg ke rumah di Taman Aman, Kg Bahagia. Saya raya di Kelantan tahun ni. Tapi Raya ke 4 hingga ke 8 ada di Tk Intan.

6 comments:

  1. Haza, kitaorang sekarang pun main
    bunga api lagi..tapi ngan geng cucu makcik timah lak..

    Selamat Hari Raya.

    Ju ape cite yek? ade facebook ke..hahahaah

    ReplyDelete
  2. Kak Are,
    Tapi main bunga api budak sekarang tak seganaz kita dulu hehhe. Kak Ju tak dengar cerita pun. Masa Haza kawin thn lepas Makcik Bashah ada dtg rumah dgn anak dia yg kecik sekali.

    ReplyDelete
  3. sekarang takde orang bunga api la, depan rumah makcik timah ni jadi port budak2 ganaz main mercun...budak2 lepas buke kat surau buat bising depan rumah, ntah anak sape lak tu...tiap2 malam nak kena sergah, dah la main depan rumah orang, pelam dengan rambutan pun dia rembat...kurang hasam betui..huhu

    ReplyDelete
  4. Ntah-tak-tahu-la,
    Marahlah diorang buat bising kat rumah org pulak huhu

    ReplyDelete
  5. Ko ni mmg suka bercerita kan?rajin update blog..bagus..bagus

    ReplyDelete
  6. hhehe... sowie... baru jer dalam blogging ni.. hope boleh share something.. still new .. adik lg..

    ReplyDelete