Wednesday, September 2, 2009

Nasi Lengundi /Lemuni

Color nasi nampak pucat sebab aku tak ambil byk daunnya nanti panas. Sian pula kat Humaira dia breastfeed lg.


Hari ini berbuka menunya Nasi Lengundi dengan ayam masak pedas. Nasi lengundi atau lemuni ni biasanya hidangan untuk ibu dalam pantang. Sedappp tau. Dulu masa rumah tak renovate lagi, rumah aku kat kg ada tanam pokok ni. Bila nak masak anytime petik. Selain buat nasi, boleh juga dibuat ulam pucuknya. Masa dlm pantang 2 kali makan nasi lengundi. Daunnya elok utk memanaskan badan. Selain tu, org dulu2 ambil btg pokok ni buat gembur nasi. Arwah opah aku kata amalkan selalu utk awet muda.


Inilah pokok daun lengundi. Warna ungu daunnya

Cara masaknya sama macam nasi lemak..cuma nak sedap lagi tambahkan lada hitam. Boleh makan nasi je tanpa lauk, sebab rasa nasi tu pun dah cukup menyelerakan. Kalau ibu yang susukan baby kalau boleh jgn makan byk. Nanti panas, sian kat baby.

No comments:

Post a Comment