Sunday, September 27, 2009

Raya di Kelantan

Minta maaf abah, Humaira janji tak nangis-nangis lagi :)


Kami takde tema color baju raya. Belasah je warna apa yang ada hehehe.

Baju raya warna pink


Nasi Dagang di pagi raya


Main bunga api

Humaira dengan Tok Ma

Balik Kelantan pada hari Jumaat, 2 hari sebelum raya. Kami ikut Grik. Mujur tak jam. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sampai ke Kota Bharu dlm 7 lebih elok-elok org nak berbuka puasa. Bila sampai semua berebut nak ambil Humaira. Maklumlah jarang-jarang jumpa. Hidangan dah tersedia. Nasi kerabu. Sedap mak mertua masak. Ayam percik memang sedap. Aku pun makan dengan seleranya. Malamnya Humaira main bunga api dengan ayahngah nya. Seronoknya dia. Pertama kali nengok bunga api.

Bila pengumuman raya dibuat, kat Kelantan diorang berlawan-lawan main mercun. Punyalah kuat. Taulah deme senang dpt mercun dari sempadan. Sampai ke pagi bunyi mercun, lantaklah baik aku tidur, penatnya travel dlm kete hampir 7 jam.

Esoknya aku bershopping ke pasar Siti Khadijah dengan mak mertua dan adik ipar. Cari tudung. Adoiii rambang mata ni nengok tudung mcm2 fesyen ada, siapkan duit aje ko. Baju batik pun cantik2. Alahai tengok jelah takde budget nak beli belah pun. Beli ikut keperluan dulu. Lepas tu pegi Parkson nak cari kasut raya. Punyalah ngeri naik parking kat Parkson macam mendaki gunung kinabalu. Tobat dah parking situ huhu. Pastu kasut yang berkenan dihati pun takde. Sudahnya pakai jelah kasut lama.

Pagi raya hidangan tiada lemang, rendang maupun soto. Rindunya kat kampung Wan buat soto, rendang daging. Di Kelantan menunya ialah nasi dagang. Sedap juga. Aku mmg suka pun nasi dagang. Nenek buat ketupat palas. Makan ketupat cicah dengan serunding. Sedapnya menjilat jari. Lepas tu seperti biasa beraya dirumah sedara mare dan juga jiran-jiran terdekat. Skang ni masih tak terer lagi nak paham bahasa kelantan. Tambahnya yang jenih ckp laju2. Idakler teman paham. heheh

Raya ke 3 pagi bersiap-siap pula untuk ke Perak. Cite di Perak entry lain pulak ye..

2 comments:

  1. haza..nape cumel sgt humaira...berkenan sesangat part dia pakai reben tu... hrp sgt lps ni dpt gurl pulak...

    ReplyDelete
  2. Siti..tu skejap je pakai headband, paling lama pun 5minit,lepas tu terus ditariknya hehhe

    ReplyDelete