Friday, October 9, 2009

Gempa di Padang: Kisah puluhan bayi ajaib

Bacalah...mengenai baby kecil yang terselamat semasa gempa tempoh hari. Sungguh ajaib

petikan dari paper Metro

Gempa di Padang: Kisah puluhan bayi ajaib

PADANG: Keajaiban sukar diterjemahkan dengan hukum akal apabila berpuluh-puluh bayi dilaporkan bukan saja terselamat, malah mampu merangkak keluar dari celah runtuhan bangunan yang menyembah bumi dan meragut 739 nyawa dalam kejadian gempa bumi di Sumatera Barat, setakat ini.Seorang bayi yang terselamat, Auril Sarludin berusia satu tahun lima bulan, memeranjatkan warga Padang apabila masih mampu terselamat biarpun selepas 24 jam terperangkap di celah runtuhan rumahnya.Namun agak menyedihkan apabila bayi lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tidak berhenti-henti merengek dalam dakapan ibunya, Yona Hasan, 45, yang terkorban akibat dihempap runtuhan rumahnya di Kota Buruak.Ibu saudara bayi terbabit, Wati Amansaleh. 50, yang ditemui di Hospitall Tentera Nasional Indonesia (TNI), di sini semalam berkata, kematian adiknya (Yona) amat mengerikan apabila ditemui terperosok dalam bongkahan temboh rumah yang runtuh hampir dua hari.


Menurutnya, Yona ketika itu sedang memberi anaknya makan di ruang tamu rumah sebelum gempa bumi menggoyangkan seluruh kawasan kampung berkenaan.


“Saya ketika itu berada di kedai membeli barang dapur segera pulang ke rumah, namun tergamam apabila mendapati rumah pusaka didiami rebah berkecai.“Keadaan ketika itu kelam- kabut dan orang ramai berlari ke arah bukit berhampiran kerana bimbang tsunami melanda membinasakan kota Padang,” katanya.Menurutnya, dia cuba memanggil adiknya itu berulang kali, namun semuanya sepi. “Namun saya terkejut apabila mendengar bunyi rengekan tangisan dari celah runtuhan dan cuba mengesan suara berkenaan.“Saya dibantu orang ramai berusaha memindahkan sisa runtuhan untuk mendapatkan Auril.“Selepas berusaha lebih sehari, saya a menemui Auril menangis lemah dalam dakapan ibunya yang sudah tidak bernafas,” katanya sedih.Menurutnya, walaupun bersyukur kerana Auril terselamat, dia tidak dapat menahan air mata tatkala melihat mayat adiknya remuk kepala serta berlumuran darah.“Hati saya cukup sedih kerana Auril tidak mungkin mengerti apa yang berlaku. Dia kini menjadi anak yatim dalam usia masih muda.

“Walapun sudah kehilangan segala-galanya, saya tetap menjaga Auril sama seperti anaknya sendiri,” katanya sambil mencium anak saudaranya itu.Dalam satu lagi kejadian berasingan, seorang bayi dilaporkan selamat walaupun rumah didiami runtuh berhampiran kawasan Kampung Baru, Sawahan Timur.Dalam kejadian berkenaan, bayi perempuan berkenaan, Bunga Restunurhendra Rely, lapan bulan, ditemui selamat oleh bapanya Rely Hendrik, 25, sejurus gempa bumi menghancurkan rumahnya.Rely yang ditemui Harian Metro memberitahu dia hampir tidak percaya apabila menemui anaknya itu masih hidup di tengah-tengah longgokan batu dan kayu rumah yang runtuh.Menurutnya, ketika kejadian, isterinya, Itrawti, 23, berada di dapur sebelum rumahnya tiba-tiba bergoyang dan runtuh.‘Isteri saya menangis seperti orang gila kerana menyangka bayi kesayangannya terkorban. Bagaimanapun terkejut apabila mendapati Bunga terselamat tanpa mengalami luka parah.“Kami percaya anak kami itu dilindungi malaikat yang seperti puluhan bayi dan kanak-kanak lain yang turut terselamat,” katanya.


Haza: Ya Allah sesungguhnya engkau Maha Agung, Maha Adil, Maha Mengetahui segala-galanya

No comments:

Post a Comment