Friday, November 20, 2009

Lambatnya masa

Setiap hari rutin yang dibuat adalah sama. Pagi siap-siap ke tempat kerja, balik dengan hal rumah, dan tidur. Dan kemudian esoknya dah pagi. Bertambah pulak dengan mabuk yang melanda. Rasa serba tak kena. Nak makan..tapi takde kepuasan. Nak berjalan, badan tak larat. Sekejap-sekejap cari kerusi nak duduk. Cepat sangat nak pitam. Bila duduk rumah, Humaira pulak yang sekarang ni byk benar ragamnya. Gelisah duduk di rumah. Tapi kalau berjalan senyap tak berbunyi pun. Sabor banyak-banyak.

Yelah dia dah 9bulan. Dah pandai berkawan. Dah pandai nak tengok hal luar. Duduk rumah pandang muka abah dan ibu. Mestilah boring kan. Ohh Humaira, kalau ibu larat bolehlah pergi jalan-jalan..pegi Zoo ke, playground ke. Sian anak ibu..

Teringin untuk pergi bercuti ke satu tempat yang tenang, aman, dan penuh keseronokkan. Bila lah waktu nya tu???

No comments:

Post a Comment