Tuesday, December 22, 2009

Corat Coret balik kampung

Hiii semua. Hari ni masih penat lagi. Balik dari Kelantan Ahad lepas. Kami bergerak dari KL ke Kota Bharu pada hari Khamis selepas Zohor. Alhamdulillah perjalanan lancar. Tetapi sepanjang perjalanan begitu banyak accident. Ada yang baru lagi berlaku. Nampak pemandunya masih berada di tempat duduk dengan kaki berdarah eee ngeri. Terdengar org menjerit2. Kami tak berhenti sebab perjalanan masih jauh lagi. Selepas tu di mana tak ingat lah..ada lagi kemalangan, kereta terbalik. Dan yang ketiga, kereta melanggar pembahagi jalan. Sepanjang balik tu kami berdoa semoga perjalanan kami dilindungi oleh Nya. Alhamdulillah kami sampai ke kampung pukul 10 malam. Penatnya tuhan je tau.

Hari kedua aktiviti penuh di rumah mak saudara yang mengahwinkan anaknya. Maknanya sepupu kamilah yang nak kawin tu. Kenduri kawin di Kelantan pada hari Jumaat sememangnya biasa. Tapi bg org yang diluar Kelantan hari Jumaat jarang buat kenduri kawin. Majlis bermula pukul dua petang sampai ke lewat petang. Hujan pulak sekejap lebat sekejap berhenti. Malam pulak diadakan majlis harijadi Baby. Cucu kepada tuan rumah. Selepas tu kami pulang dengan keletihan setelah seharian di rumah kenduri.

Esoknya aktiviti bermula pada pagi hari. Berjalan-jalan di Pasar Siti Khadijah bersama si suami. Humaira tinggal bersama Tok Ma nya. Aku yang tak berapa sihat disebabkan mabuk..gagahkan jugak nak berjalan. Kali ni tak byk memborong sebab tudung takde yang menarik pun(pada pandanganku). Beli yang org mengirim dan utk aku baju batik bersama tudung sehelai. Itu je. Angan2 dari Kl nak beli periuk lah..itulah inilah ermm langsung tak beli pun.

Malamnya masing2 dah tak larat nak keluar. Ingat nak pegi Wakaf Che Yeh tapi tak larat sangat dan hujan sangat lebat. Duduklah dirumah diam2.

Esoknya kami bergerak dari Kota Bharu lebih kurang 10.30 pagi. Kereta banyak dan yang paling seksa lori balak pun banyak. Di Merapoh tengah2 hutan tu tiba2 ada lori panjang melintang melintang atas jalan raya. Nasib baik ada ruang muat2 je kete lalu..kalau tak bertapa lah kami di tengah2 hutan atas bukit tu. Disitu jalan jam sekejap. Sepanjang jalan hujan kadang2 berhenti. Nak bawak laju pun tak berani. Bila sampai tol bentong rupanya jalan jam lagi. Dekat highway boleh laju pun 10km sejam. Bygkanlah laju mana tu. Nak sampai tol Gombak barulah clear. Dalam 10 jam kami dalam perjalanan. Begitulah catatan perjalanan ke Kelantan tempoh hari. Sekiannnn.


Sambutan hari jadi



Aikk birthday saper sebenar ni ye


Bersama pengantin


Humaira terlentok dengan tok ma nya



Pelamin yang cantik. Besar betol kerusinya




No comments:

Post a Comment