Sunday, December 27, 2009

Pening lalat

Tiada perkara menarik nak diupdatekan. Cuti yang lama berlalu begitu sahaja.Begitulah apa yang kita rancang Allah sahaja yang menentukan. Cewaaah ayat sedih je macam.

Usia kandungan ku masih baru lagi. 14 minggu. Waktu ini sisuami memang kena byk2 bersabar dengan kerenah isteri yang bukan dibuat2 sakitnya. Sebagai contoh ditanya, nak makan apa? Di jawab tak tahu. Ditanya jom pegi cari makan, di jawab tak mau. Bukan dipinta jadi begini tapi memang beginilah jadinya.

Bila malam pula, datanglah night sickness nya. Peningnya berpusing2 seperti naik roller coaster. Mintalah sisuami memicit dengan harapan kuranglah kepeningan yang menyucuk2. Kalau bernasib baik keluarlah segala isi perut setelah dipicit, nasib tak baik berpusing2 lah lagi kepala ni menahan sakit. Begitulah bahagian masing2 ujian dariNya kepada hambaNya. Ada yang begitu mudah mengandung dan melahirkan dan ada yang sebaliknya.

Makanan yang boleh layan adalah:
Laksa
Lala
Makanan yang dimasak oleh orang lain. Tapi bukan kat kedai punya.
Air kelapa
Air soya
Buah semua layan

No comments:

Post a Comment