Wednesday, February 25, 2009

Bosannnya dalam pantang



Baru 12 hari. Lambatnya masa bergerak...setiap ari rutin yg sama. Ari-ari ikan haruan takpun ikan merah. Nasib baik mmg feveret aku. Tp air yg tak best..minum air ubat. Kalau nak cepat baik kenalah ikut..kata mak. Baiklah....mak hehehe.

Humaira alhamdulillah sihat. Syukur..risau ibu kalau anak ibu ni sakit. Mlm pulak kdg2 dia berjaga..kdg2 tu elok pulak dia lena, bgn sekali je nak susu. Dari Humaira lahir sampai ari ni..rezeki Humaira dpt minum susu ibu. Bila siang, aku gerak Humaira 2jam skali suh bgn minum susu. Takut anak kuning.

Gambar kat atas tu umur Humaira 2 hari. Gambar yg baru2 semua anip bwk gi KL. Dok sorang2 kat umah nak tgk muka anak katanya huhu. So tak dapatlah tempek gambo baru. Skang ni dah lain skit mukanya..pipinya kecik skit..matanya dah bukak besar skit..Yelah budak kecik setiap minggu makin berubah mukanya. Tak sabarnya nak tgk Humaira membesar.

Wednesday, February 18, 2009

Permata Hati -Nur Hana Humaira

Hari ke-4


Hari pertama di hospital

Assalamualaikum..

Alhamdulillah puteri sulung kami selamat dilahirkan pada 13 Feb 2009, jam 10.05 malam.

Aku dah start sakit pagi jumaat tersebut dlm jam 2pagi, dah turun tanda air ketuban tp sikit2 je tak byk pun. Lepas subuh aku terus ke hospital selayang. Tak sempat nak makan. Sampai hospital check dah bukak 3 cm dan diorang terus pecahkan air ketuban.Sakitnyaa.

Pastu diorang bg makan bihun goreng dgn air tea o. Org tgh sakit mana ler lalu nak makan. Pastu terus kena masuk labor room dr 9pg sampai ler 10.05mlm.

Sakitnya tuhan je tau..dah amik epidural sampai habis kesan ubat tu pun belum beranak lagi. Last2 doktor terpaksa vacuum kan baby. N that time husband tak boleh dah masuk tgk ...sedihhhh sgt2. Aku pulak tiba2 demam sebab dah lama sangat meneran tak keluar. Rasa macam dah putus asa. Alhamdulillah dengan izinNya anak aku akhirnya dpt keluar jugak..hasil dr proses vacuum. Berat Humaira 3.81kg patutlah rasa sakitt sgt nak keluar. Rasa mcm tak percaya sebab mmg langsung dah takde tenaga hampir 13jam menahan sakit.

Alhamdulillah baby sihat. N aku tak kisahlah jahit byk ke asal semua selamat. Dan aku jugak bersyukur yg jahitkan aku tu Dr Arifah. SGt berhati2 menjahit tmpt luka aku..bidan kat kg aku kata dia jahit sgt kemas. Time dia jahit tu aku tak sakit sgt mungkin sebab bius, tp jahit aku ni byklah jugak yelah vacuumlah katakan.

Ok itu aje..aku tak dpt nak online selalu yelah kat kg ni guna dial-up je hehehe.Lambat benor nak online huhuhu.

Thursday, February 12, 2009

Lagi 4 hari

Aku agak stress lately ni. Bukan apa lg 4 hari due date. Tp takde pun takda2 nak bersalin. Sedihh sgtt. AKu takut lg lambat bersalin baby lagi besarr. Macam2 cara dah aku buat, minum itu ini, petua itu ini. Tido mmg tak lena dah, malam2 kerap perut ni mengeras sampai ingat dah nak bersalin dah. Tp bila siang mild contraction je. Tu yg aku tertunggu2 bilalah waktunya.

AKu kini berserah n bertawakkal pada Allah semoga dimudahkan bersalin. Berdoa agar semuanya selamat. Kalau aku tak dpt bersalin secara normal aku redha dgn ketentuanNya. Asalkan baby aku selamat dan sihat.

Monday, February 9, 2009

Rezeki Baby

Taraaaa...baby hamper given by Aunty Nina..tenkiuu ye Aunty :P
Akhirnya sampai jugak ko ke rumah aku ye. Nina ni house-mate aku kat Uitm Manjung dulu. Aku doakan ko pun bakal jejak langkah aku jugak..aminnn.
Lagi 7 hari due. Anytime aku akan bersalin. Ya Allah mudahkanlah aku untuk bersalin dan semoga baby ni sihat Aminnnn

Sunday, February 8, 2009

Aku suka makan...


Masa awal2 pregnant aku kan mabuk2 jugak. Fast food mmg akutak boleh bau. KFC ke MacD ke..tp 9 bulan pregnant ni aku hantu Nandos. Biasanya aku mkn ari jumaat lah dgn Faizah opis-mate aku dia pun hantu Nandos gak. Tp dah sarat2 ni kitaorang delivery je. Sgt sukaa.Tp bila time gaji jelah..kopak lah temannn kalau tiap minggu.

Dan bg tak menghampakan aku, Anip bwk aku gi Nandos baru ni. Sebelum beranak ni nanti 2bulan tak mkn katanya hehhe.

Saturday, February 7, 2009

PERAK NEGERIKU


Aku dah lama tak balik kg.
Tiba2 ada cerita hangat di sana rupanya. Aku bukan arif sgt pasal politik ni, budak mentah lah katakan. Apa lg nak bicarakan pasal undang2 lglah aku tak pandai. Aku ni budak Akaun je. Rigid person lebih kurang.

Aku ada baca blog di sini. Aku try jugak cari blog yg ada menghuraikan tentang BN mengambil alih Perak adalah salah di sisi undang2. Tp aku tak jumpa. Sesapa ada terjumpa bolehlah bgtau. Sebab aku suka baca kedua2 belah pihak n menilaikannya. Ok geng..

Wednesday, February 4, 2009

Barang-barang Baby

Salam semua.
Aku dah masuk 38 minggu. Baru lepas check up dgn doktor. Harap sgt dpt bersalin awal. Takut baby lagi membesar. Ni pun dah masuk 3.1kg. Sgt risauuu lah. Takut kena operate.

Beruntung baby, dah dpt hadiah romper :-)




Ni beg aku utk dibawa ke hospital. Bulat kecil bulat besar..Bag ni Anip yg pilih. Pink/ Hijau color takde. Sedihhhh





Bag baby utk dibawa ke hospital. Yang bawah tu brg2 Baby utk dibawa masa balik kg nanti.
Doakan ye aku selamat bersalin....
Blog Widget by LinkWithin