Sunday, January 24, 2010

Masa melayan selera

Hari-hari yang dilalui rasa tak terkejar pulak. Setiap hari rutin yang sama. Pagi kalau terajin masak sup sayur untuk bekalkan Humaira ke nursery. Nak bagi roti atau biskut tak sampai hati pulak sebab dia ni selera makan. Lepas siap2, hantar Humaira ke nursery, terus ke ofis until 5.30pm. Lepas tu, ambil Humaira di nursery terus balik ke rumah. Petang main-main dengan Humaira, lepak depan tv, sampailah ke maghrib. Lepas solat tidurkan dia, then baru dapat masuk dapur. Masak ala...ala kadar, pastu basuh baju, sidai baju. Gitulah rutin setiap hari.

Hobi??ermm menjahit alahai takde seni tang tu. Tengok movie??..pun mcm tak sempat je. Baca novel??rindunya saat dolu dolu baca novel. Sekarang ni baca novel confirm tidur zzzzzzzzzzz hehehe. Tapi yang pasti sekarang suka search internet mengenai baby. Semua..semualah. Dari breastfeeding, baby stuf, etc. Beli secara online? Adalah jugak..baju, stokin, kasut, dan yang paling mahal breastpump. Time tu bertawakal jelah. Tapi dah check dulu betul ke tak org yang jual tu bukan main hentam je.

For the 2nd baby ni, belum beli brg apa2 pun lagi. Tunggu 7 bulan lah nanti..mcm time kakaknya dulu. Citarasa kali ni sama mcm dulu lah. Takde beza mana pun. Buah mmg suka sangat.Baru ni teringin laici. Tengah takde musim susah sikit nak jumpa. ALhamdulillah dapatlah di Jusco. Harganya lagi seposen rm20. Ada beberapa biji je dah siap pack. Sebab baby teringin kan hehhe alasan..belilah jugak. Manis mengeletinn nya sedap sgt. Puas huhu. Bulan lepas dapat jambu susu. Jarang jumpa kat sini, tok kat kg yang tlg carikan..nasib baik ada. Tapi masam :( Buah amrah pun dapat juga..ohh indahnya.

No comments:

Post a Comment