Wednesday, January 6, 2010

Pregnant dan Kelapa Pandan

Pregnant kali ni aku masih lagi suka air kelapa pandan. Sangat berselera. Nasib baik dekat KL ni senang di cari. Tiap-tiap minggu mesti minum kelapa pandan. Isi kelapa yang lembut liun tu uhhhh sedapnya lalu ke dalam tekak. Aku suka air kelapa pandan tanpa taruh gula. Bagi rasa yang ori gitu.

Kebanyakkan selera pregnant kali ni dari dulu tak byk beza. Cuma mabuk tu kurang sedikit sebabbbbnyaaa...kali ni bau Anip aku boleh dekat. Kalau dulu dia balik keje je, terus aku tak tentu arah. Langsung tak suka pada suami sendiri huhu terukkan. Nasib baik dia penyabar. Takde marah2 dengan perangai aku time tu yang bukan sengaja dibuat2.

Bedak, ubat gigi, syampu, sabun mandi yang dia pakai semua kena tukar yang produk baby punya. Kalau tak lg lah aku tak lalu dekat dengan dia. Termuntah-muntah di buatnya. Hehhe kalau ingat2 balik time tu rasa mcm kejam sangat aku ni. Tapi itulah hakikatnya..mabuk teruk terhadap suami sendiri. Dan sekarang Humaira sangatlah rapat dengan abahnya. Sikit2..abah, abah, abah. Rupa pun saling tak tumpah.

No comments:

Post a Comment