Saturday, January 16, 2010

Sedikit cerita

Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. Selera makan makin bertambah. Lepas ni, pening kepala nak control berat badan pulak. Tak pasal2 kena minum air gula yang langsung tak sedap tu. Harap2 pregnant kali ni terlepas dari azab minum air gula lagi. Pejam celik pejam celik, kandungan dah masuk 4bulan. Walaupun begitu, BP masih rendah..sering cepat pitam. Ni dari dulu gitu. Makanlah makanan yg tambah darah pun tak membantu sgt.

Cerita pasal si kecik Humaira, dah 11 bulan rupanya anak ibu ni. Makin lasak, makin byk akal, makin debab huhuhu. Dan tak jalan-jalan lagi. Ohh anakku bila nak jalan ni.

Ingat tak lagi entry yang katanya nak buat story book utk Humaira. Agak-agaknya story book Humaira dapat ke disiapkan sebulan dua ni. Memandangkan abah yang sibuk dengan kotaknya, rasanya ntah bila dapat buat.

No comments:

Post a Comment