Monday, February 1, 2010

Syima's Wedding



Baru dapat bernafas sedikit hari ni. Bukan apa..berkejar-kejar balik Perak, then keesokkan nya balik ke Kl semula. Gambar di atas adalah wedding my friend di Ipoh. Kami kawan dari sekolah rendah until menengah. Pastu dia pindah ke Ipoh. Selamat Pengantin Baru kepada Hasyimah dan pasangan.

Kitaorang gerak dari KL, pagi Sabtu, pastu poskan Humaira duduk dengan opahnya sebab ibu dan abah nak dating berdua..hehe. Lepas menjamu selera di rumah pengantin, kami pun ke Jusco Ipoh. Mengenang kembali tempat dating dulu ece..ecehhh. Punyalah ramai manusia..sampai nak cari parking dekat sejam. Semua penuh, padatt. Lepas tu aku ckplah kat ANip, bang jgn kecewa bang..insyaallah biasanya bwk wanita hamil ni ada parking. Huhu Anip buat muka kelat je..yelah tengahari tu panas2 pulak mencari parking. Alhamdulillah masin mulut wanita hamil ni..dapat parking kosong betul2 entrance..hehehe senyummm sukee.

Takde beli apa..saje jenjalan. Lepas tu ke Greentown Mall pula. Banyaknya tudung jual.Tengok2 kot ada berkenan. Harga mahal jugak. Hmmm jadinya hanya tengok2 aje..tak beli apa2 pun. Lepas tu kami gerak pulak ke Manjung jumpa customer Anip. Byk nya perubahan Manjung sekarang. Time aku blajar dulu Billion tu jelah tempat paling best aku rasa. Skang ni..dah ada Kamdar, Giant, Tesco pun nak buat..kedai makan berlambak2.

Balik ke rumah tak sabar2 nak jumpa Humaira, tp dia dah tido..penat round2 naik motor dengan atoknya. Ok itu saje

2 comments: