Monday, March 1, 2010

Alahan: Gatal-gatal satu badan

Salam kepada semua.

Kali ni saya nak update mengenai kandungan yang masuk 6 bulan dah. Kali ni sangat cepat masa berlalu..compare time Humaira dulu rasa masa lambat berlalu. Mungkin sekarang sibuk dengan kerja dan hal di rumah membuatkan masa tak terasa berlalu.

Pregnant kali ni saya mengalami kegatalan yang serius. Bukan gatal apa tau..tp gatal2 pada badan. Di sendi2 pada jari, tengkuk, dah teruk sgt rupanya. Dah jumpa doktor, pakai krim itu ini nampaknya tak menampakkan surutnya. Stress nya bila gatal merenyam melanda. Nak kata berpeluh tak jugak, time sejuk pun gatal. Doktor kata ni alahan masa mengandung. Normal dan tak perlu risau.