Thursday, April 29, 2010

8 Bulan Sudah

Aku jarang buat entry mengenai pregnant kali ni. Kesian baby ni...Lepas ni ibu tiap2 minggu update pasal baby ye.

Minggu depan dah masuk 8bulan, masa sangat pantas berlalu compare masa mengandungkan Humaira dulu. Mungkin kali ni banyak benda nak buat, melayan Kakak Humaira lagi....macam2 lah.

Alhamdulillah baby ibu sihat, cuma kali ni pregnant aku tak sesihat dulu. Ubat yang doktor bagi pun lebih byk dari dulu. Tapi demi baby ni, ibu kena kuat kan, ibu kena sihat supaya baby dalam perut ibu ni pun sihat.

Peralatan baby, ibu baru nak check yang Humaira punya yang boleh dipakai lagi. Contohnya baju, towel dan lain-lain lagi. Tapi ibu nak jugak membeli yang baru, rasa kesian pulak kalau semua pakai yang lama. Kesian adik..nak merasa jugak yg baru. Taktaulah bila nak start shopping nya..sebab bila aku pergi mana2 mesti cepat pitam..serius kali ni teruk. Dalam kepala ni banyak tempat nak pegi..SOGO off course lah tempat favourite beli baju baby, pastu IKEA nak beli chest drawer. Tapi tak pegi2 lagi.

Untuk diri sendiri pun tak membeli lagi..ohh kenapa kali ni saya sangat tidak proaktif. Insyaallah bermula Mei ni ibu tak boleh tangguh2 dah. Kena ikut checklist yang ada.

So untuk En Suami..takkan ibu kena remind pulak..paham2lah sendiri ye :P

No comments:

Post a Comment