Monday, April 19, 2010

Humaira kena chicken pox

Hari ni baru masuk ofis setelah cuti khamis dan jumaat lepas. Humaira kena chicken pox atau orang kampung kata pelentung. Hari Rabu lepas masa ambik Humaira, Iqa kata kak ni macam tanda2 chicken pox. Dengar je aku rasa lemah. Yelah budak2 kena siannn..sebab kecik lagi. Lepas tu esoknya terus bawak pegi Damai Specialist..confirm chicken pox. Disebabkan ibu dan abahnya yang gabra taktau camne nak handle..petang tu terus berdezuppp balik Tk.Intan.

Yelah kat kg senang nak cari daun mambu, air penawar, air kelapa. Alhamdulillah semua benda tu dapat dengan senang. Dan syukur juga Humaira tak demam, dan sangat aktif mcm orang tak sakit. Tapi sian....dari kepala sampai kaki penuh biji2 tu keluar setelah minum air kelapa. Tak ambik gambar lagi sebab kesian sangat tgk dia, tak sampai ati.

Setelah berfikir campur tolak tambah bahagi..terpaksa ku tinggalkan Humaira dengan opah dan toknya di kampung. Bukan aku tak boleh cuti.. tapi sebelum2 ni aku byk dah mc, el sebab alahan, dll. Lepas tu, fikir dah ada baby ke-2 nanti mesti byk urusan nak gi cucuk dia lah, pastu cuti raya lah, cuti itu dan ini.

Hujung minggu ni ambil Humaira balik KL. Nampaknya biji2 tu semua dah keluar cumanya tunggu kering je. Harap2 anak ibu cepat sembuh ye..mcm mana lah berpisah dgn anak ni..alahai sedihnya.

3 comments:

  1. haza give me ur phone and ext.. sian humaira kena chicken pox..hope get well soon humaira..

    ReplyDelete