Saturday, May 1, 2010

Akhirnya...steam boat buatan sendiri

Rajinnya cik kak ni menolong ibu ye. Dah boleh diharap ni :)


Tak sehebat Johnny..tapi bolehla huhu. 1st time lah katakan..



Pasni takyah teruk2 nak buat sos sendiri..adalah rasa-rasa macam sos kat Johhnys



Ceria...sebab dah kenyang....burpppppp



Kalau tgk entry sebelum2 ni, menu saya adalah steam boat. Itu yang publish kat blog..belum lagi yang tak publish. Adoiiiya...En ANip pun pening plus poket kering huhuhu asyik nak makan luar je kojonya..jadinya baru2 ni dia belikan segala benda alah nak buat steamboat termasuklah dapur, periuk bagai. Takde alasan dah nak makan kat luar, buat sendiri lagi jimat...wah wahh..memanglah pun kena jimat nak dapat 2nd baby ni kan.

Jadinya sabtu yang serba indah ni..saya pun gigih di dapur masak. Rasa ermm sedap jugak huhu angkat bakul sendiri. Bolehlah kan untuk makan saya anak beranak. Sos cili manis tu memang sedap punya..so takyahla bersusah payah membuat sendiri sos ye kawan-kawan.

7 comments:

  1. wah3... bolela buat kat opis plak... kekekeke....

    ReplyDelete
  2. wah.. haza.. steambot mmg sedap! hahah...fevret gak.. kalolah boleh masak sendiri sos uhhh mabels..

    ReplyDelete
  3. wei..nak2 jugak buatt :)
    nanti ko email yeh cara2 and bahan2..hihihih

    ReplyDelete
  4. haza ramai yg sukeee tu buat la step cam mana nak buat ya...i like too.

    ReplyDelete
  5. Kepada kawan2. Malu sebenarnya nak taip resepi kat sini sebab sempoi sesangat. Tapi taknaklah dikatakan kedekut pulak.

    Bahan2 untuk membuat kuah sup ayamnya:(Anggaran makan utk 3org)
    Bawang besar - 1biji dihiris
    Bawang putih - 3 ulas diketuk
    Halia - ni agak2 je, diketuk
    Kiub ayam knorr - 1ketul
    Tulang2 ayam- untuk dibuat stok

    Cara2nya:
    Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan air (bergantung berapa org makan), tulang2 ayam dan kiub ayam tadi. Biarkan menggelegak dan surut sedikit air tandanya dah boleh tutup api. Jgn lupa letak garam secukup rasa.

    Bahan utk dimasak bersama sup ayam tadi ikut citarasa masing2;
    1. Isi ayam
    2. Udang
    3. Ketam
    4. Sayur (cendawan jepun sedap)
    5. Segala jenis ball yang anda suka
    6. Tauhu jepun
    7. Bihun atau mee(selain dari nasi)

    Untuk sosnya, saya hanya guna Sos Cili Manis Malaysia, brand Muslim Best.

    Pastikan anda ada dapur dan periuk untuk steamboat. Kalau takde silalah ke pasaraya terdekat mcm Tesco, Giant confirm ada jual.

    Selamat Mencuba

    ReplyDelete
  6. jgn malu haza kadang2 yg simple pun tak tahu juga...cam i la. Tq share ur recipe :)

    ReplyDelete