Tuesday, May 11, 2010

Humaira buat drama di pagi hari

Pagi ni Humaira betul2 menguji kesabaran saya. Lepas saya mandi dia baru bangun. Ok lagi takde apa2 drama. Lepas saya solat dia masih ok lagi. Bila abahnya dah selesai solat, mula lah buat perangai. Kebetulan dia berak. Jenuh nak basuh, melentik2 badan tanda protes. Menangis mcm kena cubit padahal, tak tinggi suara langsung kat dia, apatah lagi nak jentik.
Kesian abahnya, takpelah kederat lelaki kuat, kalau saya yang pegang mau terbalik sama. Bila nak pakai baju pun sama punyalah seksa, apa lagi seluar. Mmg dapat akal baru taknak pakai seluar. Malam sebelumnya tidur hanya pakai diapers dgn baju je. Sebab menangis meriye taknak pakai seluar.

Pagi2 taulah kelam kabut, nak buat itu , ini dgn drama Humaira lagi, saya pun marah kan dia, tinggikan sikit suara geram. Pastu dia macam merajuk je. Dalam kete pun senyap pandang luar je, sebak pulak saya rasa. Bila saya pegang tangan dia, dia mcm pandang tak pandang je muka saya. Dah sampai taska, dia salam saya..pastu kakak taska tu dukung, terus tak pandang saya. Saya panggil2 dia buat taktau je. Lagilah sebak.

Sorry sayang..ibu marah bukan sebab tak sayang, sebab ibu nak Humaira jadi anak yang baik. Tak sabar nak ambil dia petang ni, nak sembang2 dlm kete dgn dia.

5 comments:

  1. ohwww..dah pndai mrjuk yer. nk dpt adik lgla lah yer...mnja lebih kn...

    ReplyDelete
  2. siti, itula betul2 menguji kesabaran.

    ReplyDelete
  3. haza, Darwisy pun sama suka buat macam tu..

    ReplyDelete
  4. sure chomell muke dia blakon drama spektra pepagi hari kn!

    ReplyDelete
  5. haza, do come to collect ur blog award given by me :) Thanks

    ReplyDelete