Monday, June 7, 2010

Terima Kasih Suami ku..

Sotong yang sedap



Lala pun sedap jugak

Air tembikai pun sedappppp


Ini kisah susulan dari entry yang lepas . Lepas balik keje ajak En Anip cari sotong celup tepung. Mula² pegi Kg Baru..tapi tak pasti kedai mana yang ada jual. Last² En Anip ajak ke Bagan Lalang. Oklah tak kisah pun. Jalan jam sana sini. Maklumlah hari Jumaat petang..pulak tu cuti sekolah nak mula. Tapi redah jelah. Alang² dah tempuh jam.

Bagan Lalang tu dah kat Sepang, punyalah jauh, perut Acik ni dah berkeroncong sangat. Ditambah pulak bengkak² kaki. Akhirnya sampai jugak dlm pukul 9.30pm. Jauhnyaaaaaaaaaa....

Sampai, terus order, makanan idaman di hati. Wowww alhamdulillah nasib baik tak mengecewakan..yelah jauh² ke sana kalau tak sedap mmg meruntun jiwa dan raga hidup ni. Order sotong celup tepung, tomyam, lala masak sup(dapp..dapp). Pastu dah nak abih makan..order lagi sotong sepinggan hehehhe..En Anip kata makan ler pueh² dah dtg jauh².

Alhamdulillah kenyangg..burppppp dan kami sampai ke rumah dekat 12tgh malam. Punyalah jauh mcm nak balik kg huhu.




No comments:

Post a Comment