Sunday, July 25, 2010

Bila Humaira ber 'blog'



Kali ni nak cerita pasal anak daraku yg sorang ni. Umurnya dah 1thn 5 bulan. Keletahnya buat org ketawa..tapi kdg2 buat org naik angin. Bila aku nak online..dia pun sibuk sama. Tapi senang je nak bagi dia diam..tunjuk gambar2 dia. Tersengih2 tgk gambar sendiri..siap tutup mulut lagi bila ketawa. Hehhehe kelakar sungguh..dan comell je buat camtu.

Pastu dia ni dah pandai kata no..no..no. Cthnya kalau kita kata, " Humaira minum susu..",dia jawab "no..no..no". Tapi pastu bila kata," Humaira ambik kunci motor,jom jalan", hehehhe tersengih2 pulak.

Kalau nak suruh apa2 dah boleh diharapla skit2. Ambik sikat,bedak, towel, buang sampah, dan benda2 yang simple tu bolehla diharap.

Dia ni dah pandai panjat kerusi meja makan tau. Sedar2 je dah diri atas kerusi. Uishhhh risau betul. Mulala mulut aku ni bising. Humaira no..humaira dont, humaira come. Saat yang bertenang adalah time dia tidur..barulah leh tarik nafas sikit. tapi..lately ni kakak tido adik plak jaga..adoii camner tu. Mmg tak dpt nak bertenang lah citernya.



Walau apapun anak adalah anugerah Allah yg paling tak terhingga. Dialah pengubat hati.

3 comments:

  1. cayalah kakak dah jadi blogger

    ReplyDelete
  2. akak sunggoh comel..(bkn empunye blog ni tau) :p

    ReplyDelete
  3. haza, sama cam darwisy....cepat jer masa berlalu kan...

    ReplyDelete