Wednesday, July 14, 2010

Pantang hari ke 23

Bila si kakak dan adik dah tidur barulah aku dpt surf internet. Baru anak dua dah haru biru. Masa pun sangat2 cepat berjalan.

Bangun pagi..mandi (air panas lagi), lepas tu bertungku, sapu2 minyak satu badan baru berbengkung dan bfast. Sampai hari ni baru sekali aku mandikan Safiyya, itupun sebab time tu mak pegi keluar ada hal. Pagi2 kena makan 2biji pil Nona Roguy..bagus pil ni lawas je perut. Kalau dulu menangis dlm bilik air nak uu..ukk. Pastu minum air akar kayu..mmm rasanya bolehlah tahan banding dgn air manjakani uwekkkk langsung tak sedap.

Makanan org pantang, pagi adalah biskut kering. Jacob cream cracker tu, kdg2 air horlick, takpun kopi CNI, takpun oat nesvita..petang pun sama. Kalau ada roti makan roti. T.hari dan malam makan nasi bersama lauk ikan haruan. Biasa rebus je ikan haruan, takpun bakar. Bila jemu tukar makan ikan merah pulak. Itu jelah lauk dlm pantang. Sayur pulak sawi bunga..takpun ulam pegaga.

Tapi rasanya kali ni pantang mcm tak displin sangat. Ayam dah makan (hehehe). Ayam percik lagi ok.Tgk rasa badan mcm ok je dgn ayam bedal jelah. Tgh pikir2 nak makan kfc pulak ni..kan hot n spicy dah ada balik. Huhu.

Baby Safiyya dan kakak Humaira alhamdulillah sihat. Hari ni dah 23 hari. Dah separuh pantang, berjaya aku tempuhi. Go haza go..

** Sangat teringin air jagung MakTim, air Mangga Chop N Stik, air ciku Jus Amat, air bandung Kedai Ikan bakar SPPK , air kelapa pandan Keramat ...aduhh terliurrr dah ni

6 comments:

  1. haza- cepat masa berlalukan...NR mmg best!

    ReplyDelete
  2. haza, saba saba.. hehe byk nye ngidam nk mkn ni..;)

    ReplyDelete
  3. mcm2 benda teringin nak makan yer.....sabau....

    ReplyDelete
  4. hey...sila pantang...jgn nk meraban

    ReplyDelete
  5. air jagung, air ciku, mihun zaki tomyam, ikan siakap stim, sotong celup tepung, ketam sambal, ayam golek 5 bintang, meatballs ikea, nasi goreng pineapple rak thai, ice blended cappucino, nasi kukus ayam dara masjid, nandos xtra hot peri2..sila nangis sekarang

    ReplyDelete
  6. elle....kau mmg kijaaaaaaaaaaaammmmm

    ReplyDelete