Saturday, August 28, 2010

Pra Shopping Raya

Ohhh indahnya Sabtu.

Semalam adalah hari yg sgt penat.

Pagi² lagi..kami dah keluar rumah nak serbu SOGO. Plan beli baju anak, baju sendiri dan segala bagai la. Jalan adalah jem seperti biasalah kan time nak raya.

Lalulah kat belakang kedai2 carpet..dekat dgn cimb..pastu ntahhhhhhh mcm mane lah kan... En Suami tersilap masuk lorong ..lg berapa jengkal je nak masuk ke parking SOGO. Jadinya kena lah pusing balikkkkkkkkkk. Nak pusing balik tu adalah kut dlm setengah jam..walaupun dekat sgt. Bila dah sampai ke parking SOGO..full la pulak. Wahh ini ujian pertama ni. Dah ler geram salah masuk lrg tak ilang lagi. Aduii sabo² pose ni. Pastu dah sedih², En Suami ajak gi Jusco AU2.

Pegi sana shopping baju anak-anak. Duit mengalir mcm ayor paip. Ni bukan apa..sebab anak dua² pompuan..tgk sini baju ni cute, yg ni cantik, yg ni lg cantik..hahahha tak teriman dibuatnya.
Nasib baik mood both Hana baik..dgn kata lain masih boleh dikawal huhu.

Abis gi situ...Anip gi solat JUmaat. Kami pun lepak² anak beranak dlm kete, tunggu abah habis solat. Pastu gi terjah warehouse sale kat KK Club Taman Melawati. Wahh lagi terus tak toleh² sebelah menyebelah tunduk kiak² baju. Baju baby/kanak² Disney Princess. Murah..serendah RM5. Berbaloila jugak.

Pastu gi Carrefour Wangsa Maju pulak. Jalan² pastu berbuka kat situ..nama kedainya Jom Priok. Sedap jugak..tapi nasinya sikit. Tak tangkap gambar pun..sebab duk melayan anak dara 2org.

Pastu on da way balik rumah Anip ajak pegi IKEA. WHattt!! Penatnya badan tuhan je tau. Tapi bila dah sampai IKEA excited pulak. Tgk² barang takde ape yg best pun biasa² je. Barang² baru tak byk pun. Hasil tangkapan kali ni sikit je. Lagipun dah kering beli baju anak uwaa..uwa...

Sampai rumah terus terbongkang. Safiyya seperti biasa tak tido malam. (ntah ngape pulak suka jaga malam dia ni). Paginya aku rasa kepala ni bioll sebab tak cukup tido.

Itu saje entry tanpan gambar.

No comments:

Post a Comment