Sunday, August 8, 2010

Majlis Akikah & Naik Buai Safiyya

Selesai sudah majlis akikah dan naik buai Safiyya. Meriah...ramai yang hadir, alhamdulillah.
Menu yang mcm2...pagi dengan pulut kuningnya, rendang kerang, bihun goreng semua terbaekkkk dari ladang haha..

Macaroni goreng pun ada, agar2, kuih yg mcm2 jenis. Itu menu di pagi hari. T.hari pulak dgn kambing masak kurmanya, ikan masin, gulai tempoyak, ulam dicicah dgn tempoyak kaco ishh mcm2 ler. Tapi semua order je hehhe tak sempat nak membuatnya.

Mlm kenduri jiran2 terdekat dtg tlg isi brg2 dlm goodies bag. Lepas tu nolong buatkan buaian. Kejap je deme buatkan. Terima kasih pd makcik2 yg baik hati menolong. Dulu pun masa humaira naik buai deme jugak yg tlg buatkan.

Masa marhaban..Safiyya tido je..ehh baik pulak la. Selalu tu kalo bising skit dah nangis. Tunjuk behave lah ye depan org ..good gurl :p

Si kakak Humaira nasib baik takde nak memerap je. Yelah dpt kasut croc baru ..sukalah dia pakai kasut tu. ke hulu ke hilir berjalannya.





Goodies bag utk tetamu yang hadir.

Hasil idea dari En Anip..ni last minute baru siap..adoii bikin suspen je.


Baru lepas mandi n siapkan si pengantin ni.

Dah hisapp puting??? Ye betull..sgt tak larat dia suka bergayuttt lelama. Tp bila dia dah tidur ..phuiii dia luahkan. Nak bg lali je puting tu bukan apa.



Suka sangat gambar ni.

Bukan senang nak tangkap gambo deme berdua ni..itupun jenuh lah pujuk2 suh duk diam.


Snap gambar sblm org dtg.

Buaian kali ni adalah warna gold. Tahun lepas Humaira pink putih..sila lihat entry ini. Takde tema pun main belasah je. Buai pinjam dari jiran..jimattt duit. Sblm tu ada try tanya kat butik pengantin nak sewa buai lah konon nya..korang tau berapa regenya??RM400 ok...wahh wahh mcm anak dato datin pulak..mahal giler..pelik aku ada ke kat tk.intan ni org nak sewa mahal camtu..huk huk mestiler ada kut..aku je yg tak mampu kuang kuang.


Bestnyaaa tidurrr..bising2 pun tak jaga..good girl sungguh.


Bulatnyeeeee..ish ishh anak sape ler ni



Semua orang dah balik. Safiyya pun dah tukar baju. Panas pun cuaca sian kat Safiyya.


Pengantin kepenatan. Tido dengan aman dlm kelambu.

3 comments:

  1. ieee..sedapnye ngk die tido dlm buai ni..penuh buai tu..hehe..siaplaa..nanti untie dpt die..untie gegetttt..gerammmm!

    ReplyDelete
  2. salam haza sht ke? dh slim la awk.. hehe. kiut nye safiya. tembam pipinye... same cm humaira dlu kn. ;) ok haza, slmt berpuase.. eh, blh pose x? hehehe.

    ReplyDelete