Thursday, September 23, 2010

Al-Fatihah untuk Atok ku

Hari Selasa petang 21 Oct bersamaan 12 Syawal pukul 5.25pm aku terima panggilan dari ma di kampung mengatakan tok sebelah ayah aku meninggal dunia. Kami gerak ke kampung ptg selasa jugak. Arwah dikebumikan pada pagi Rabu.

Sakit tuanya dah lama..cuma beberapa hari lagi nak raya dia kena strok. Terus tak boleh bangun, makan pun tak boleh. Hanya guna tiub utk masukkan susu.

Last jumpa tok, raya lepas. Masa tu tok baring je. Aku dukung Safiyya tunjuk kat dia..
" Tok ni Safiyya..cicit tok" Dia pandang Safiyya.
Aku tengok, hari raya pertama ari tu byk kali dia mengalir air mata.

Dlm byk² kenangan yg aku tak boleh lupa..masa aku darjah 2, tok pegi Langkawi, dia belikan aku beg sekolah. Warna biru..aku ingat lagi rupa beg tu. Punyalah aku suka..yelah dulu² mana lah tiap² tahun ganti beg. Sekarang semua tu hanya tinggal kenangan.

Al-Fatihah buat atok ku semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-NYA.

No comments:

Post a Comment