Monday, October 4, 2010

Mencakop susu

Umur Humaira dah 1tahun 7 bulan.



Semua benda nak di explore nya...

Semua benda nak buat sendiri...

Sampai tak cukup napeh maknya nak ikut kehendak dia




"Bu..nak tutu..tutu" Ingat suh buat susu. Tapi rupanya nak ratah susu.

Kalo dilarang guling² tanda protes. Geram betul.

Aku pun ambik surat khabar buat lapik. Kalo berterabur pun atas paper.
Buh susu atas pinggan plastik. Suapla sendiri.


Abisla comot mulut tu. Takpela asal tak meragam.



Sopan santun ok..bertimpuh huhu

1 comment: