Thursday, December 9, 2010

Pagi yang kelam

Ya Allah nasib baik ler takde apa² jadi pagi tadi.

Hujan kan lebat pagi ni. Aku ibu mithali (ecee..ecee) drive kete membawa anak-anak ke taska. Keluar takde lah lewat pun..tapi jem kat duke tu boleh tahan teruknya.

Pastu si Safiyya..menangis, melentik² kan badannya macam rupa macam nak terjatuh dari carseat. Aku dah ler kalut dgn jalan jem. Si kecik pulak menangis². Jenuhlah menyanyi, berzanji, buat² lawak..langsung tak jalan. Ohh kenapa lah kamu Safiyya oiii. Si kakak pulak, org sibuk..dia lagilah buat² sibuk. Nak ke depan nak ambik barang itulah inilah. Haaa sekali kena marah..diam ler dalam seminit.

Tapi si Safiyya ni langsung lah tak diam..menangis, mengeliat, melentik..adoii camner ni, opis mcm jauh lagi je nak sampai. Jem pulak tak sudah². Aku pun bukak seat belt Safiyya terus angkat letak dia atas riba. Haa kau tlg ibu drive sekali. Terus diam. Sekejap² mendongak tengok aku..sekejap² pegang stering. Baru diam.

Aku tau mmg bahaya drive camtu. Tapi aku bwk slow² la.
Akhirnya sampai juga ke opis. Alhamdulillah.

Itu lah cerita anak bertuah pada pagi yang sejuk², mendung² ini..peaceee :)

No comments:

Post a Comment