Monday, January 24, 2011

Kursus ohh Kursus

Saya baru balik berkursus di Melaka dari 16 -19 Jan lepas. Malas nak cerita bab kursus semuanya pasal keje keje dan keje. Semua ok ok saje..yg pasti badan makin mengembang. Makan makan dan makan.

Bila pegi kursus anak ku tinggalkan dgn mak di kampung. Ini 1st time tinggalkan si kecik tu. Humaira ok lagi, dia pun dah besar dah penah tinggal dengan opah. Hari pertama tinggalkan Safiyya ok lagi. Hari Kedua pun ok lagi. Masuk hari ketiga dia muntah2. Pukul 4pagi pun muntah. Tapi dia tak ceri beri(cirit), tak demam pun. Mak risau tak tido malam jaga cucu. Sian mak.

Lepas tu abah pulak tak sihat dari Ahad. Asyik mengulang bilik air, muntah2, ceri beri. Akhirnya kena tahan wad hari Selasa 18hb Jan sebab badan dah lemah sangat. Pada masa yang sama mak kena jaga cucu. Sebab aku kursus. Ya Allah sian kat mak. Nasib baik tok ada, dia lah yg bawak abah ke hospital. Malam pertama dan kedua achu)adik abah yg jaga abah kat hospital. Hari ketiga baru mak boleh tunggu kat hospital sebab aku dah sampai rumah.

Abis je kursus hari rabu 19hb, aku terus balik t.intan. Rindunya kat anak Ya Allah hanya tuhan je tau. Tak tau mcm mana nak ceritakan rindu teramat sangat. Perkara yang tak disangka-sangka......Safiyya langsung taknak dengan aku. Bila aku ambik, dukung, dia menangis, meraung-raung. Aku bagi susu(direct bfeed) langsung ditolaknya.Merajuk dengan aku. Tunjuk perasaan dengan ibunya. Air mata aku apa lagi tak ditahan-tahan menangis sebab anak dah taknak dengan ibunya. Dia tido pun dalam keadaan tersedu-sedu. Punyalah sedih agaknya sebab ibunya tinggalkan dia. Mak cakap malam-malam tido dia mencari2 tempat bergayut dia. Mak siap pegang tangan n peluk dia. Mak kata sian sangat waktu tu. "Lepas ni kalo kamu kena outstation tolak la. Tak payah pegi. Tunggu lah dia besor sikit" kata mak aku. Hari aku balik Safiyya demam panas. Itulah penangan agaknya kena tinggal dengan ibu dia.




Antara hasil perahan selama berada di Melaka. Bekas ais memang ku bawa dari rumah. Lepas tu mintak kat cafe Holiday Inn tu, isi ais penuh². Alhamdulillah selamat susu ku hingga sampai ke rumah.






9 comments:

  1. salam haza - nangis saya baca n3 nih....teringat masa alia sy tinggal kan kerana kerja outstation jugak...

    ReplyDelete
  2. Lina,
    Pasni taknak dah pegi kursus jauh². Kalo terpaksa pegi bawak sekali anak, tak sanggup pisah

    ReplyDelete
  3. sian saffiya. merajuk sgt tuh. pulak tu tak de tempat bergayut.. dugaan ibu bekerja...

    ReplyDelete
  4. time kasih kat aku takde?penat tolong perah mlm2 kt bilik 413

    ReplyDelete
  5. siti, ibu yang bekerja kena kuat dan tabah

    ReplyDelete
  6. elle, time kasih sebab ko berjaya menahan nafsu dari minum susu dlm peti ais bilik 413 hehehhe

    ReplyDelete
  7. haza..sedihnye mona baca.. mmg ibu bekerja kena kuat smangat kn..dn InsyaAllah anak kita pn akn kuat smangat kn..

    ReplyDelete
  8. elle..syabbas! hehehe..kalau tidak..otomatik ko kene panggil haza "ibu"

    ReplyDelete
  9. haza...same things jd kat aku ms aku tinggalkan iraa 3 hari dlu. sampai kl iraa dh addmitted sbb demam. mlm dia masuk wad mcm org giler aku cari flight dr langkawi. nxt morning br dapat. sampai2 hosp dia meraung2 x nak kat aku, x nak minum susu direct. hancur luluh hati aku time tu...faham sgt apa ko rs za...since that tragedy mmg aku refuse ke mana2 kalo trip more than 2 days. day trip aku accept. tak sanggup tinggal anak2 bawah 1 thn kat umah dah.....

    ReplyDelete