Friday, March 4, 2011

Kisah Safiyya

Masa utk menyepahkan rumah..hoooreyyy!!

Adik dah 8 bulan. Kejap je masa berlalu. Sian kat adik ibu mcm tak bg sepenuh perhatian kat adik.
Setakat ni tak penah lagi cuci gambar adik.
Baju pun tak byk beli. (yelah sbb baju kakaknya dulu elok lagi,tak elok membazir)
Sian kat adik. Mainan pun pakai kakaknya punya dulu. Itupun ikut mood kakaknya. Kalo mood tak baik, "takleh ni yaya punya" kata Humaira. Sian adik. Kena beralah.
Skang ni beli apa2pun kena lah dua. Macam kembar pulak.

Adik Safiyya sangatlah manja dengan ibu, lain pulak dengan Humaira rapat dengan abahnya.
Dia dah kenal orang. Kalo tak kenal..mulala nangis. Dah pandai ye.
Adik Safiyya dah pandai duduk. Tapi lum terrer merangkak. Sikit² okla.
Suka sangat digomol²..dia merelakan je hehehe.

Bila ibu drive kete, adik macam nak terjun dari car seat.
Bersilat ibu dalam kete. Dah la DUKE jam skang ni. Tension betul. Penat byr 2hinggit tak berbaloi k. Mencikk!!
Bukan merungut tapi saya kdg² ilang sabar dengan kerenah anak² dlm kete. Kalo ada husband ikut skali senang.

Oklah tu je nak cite ari ni. Fullstop.

2 comments:

  1. si apish dah merangkak satu umah.. skarang tengah sibuk nak memanjat.. duduk pun blom terer lagi dah nak buat mende lain.. gopoh betui..

    ReplyDelete
  2. hahah dia skip duduk tu. Safiyya dah duduk..skang sibuk memanjat..tergoyang-goyang bila berdiri risau jatuh

    ReplyDelete