Monday, August 8, 2011

Bila En Anip Masuk Dapur

Semalam kami adalah tekak omputih sikit.
Menu adalah dari En Anip. Dia memang suka fettucine carbonara.

 Fettucine carbonara. Ditaburkan hirisan chicken loaf dan hirisan burger daging Ramly.




 Air pulak semestinya bandung soda.


Roti John adalah menu tetap dibulan pose. Dibulan tak puasa, takde ye kenkawan.

Buat roti john adalah semudah ABC.
Roti John(saya pakai yg pendek je), minced beef(daging kisar brand Ramly), telur ikut suka berapa biji, kiub ayam, garam secukup rasa.



  Pukul lah telur tadi sehingga kembang, gaul lah dengan daging, bersama kiub ayam tadi



 Lepas tu tuang dlm 3-4 sudu besar (agak² je ni) ke dlm non stick pan. Jgn tebal sangat nanti tak masak pulak. Untuk medapatkan hasil yang lebih wangi, guna buttercup jgn guna minyak masak.


   Lepas tu tekapkan roti di atas daging itu tadi




 Tadaaa dah siap. Tuangkan sos cili n mayonis secukup rasa. Sedap dimakan ketika panas, sebab rotinya lembuttt sangat. Untuk mendapatkan makanan yang lebih sihat, boleh juga diletak salad ke,
bawang ke timun ke.




Kegemaran Humaira. seketul tu dia boleh habiskan.


Thanks En Suami masakkan makanan yang sangat sedapppp dan lazattt.






3 comments: