Tuesday, August 9, 2011

Safiyya yang naughty


Safiyya

Bila balik badan penat nak kena masak, pulak tu rumah tunggang langgang tp bila tengok muka anak² sejuk je hati.

Sekarang ni si adik, yang membuat rumah jadi riuh. Suaranya yang kuat. Bila dia gelak, hahah kelakar bunyinya.

Kalau saya tengah masak kat dapur, masa tulah dia sibuk nak bukak peti ais, nak main lesung, nak punggah itu ini.

Waktu tengah berbuka pulak sibuk main bawah meja makan. Diorang ni sebelum berbuka saya dah siap² suapkan makan. So dengan harapan tak kacau lah time berbuka.

Sekarang ni kalau saya marahkan dia, dah pandai tunduk muka buat muka bersalah. Silap² terus cebikkan muka. Tapi takla cepat nangis berbanding kakak.





No comments:

Post a Comment