Thursday, January 26, 2012

4 bulan sudah

Kandungan saya sekarang sudah 4 bulan. Alhamdulillah saya n baby sihat.

4 bulan adalah fasa yang kritikal buat saya. Masa mabuk nilah yang membuatkan saya mcm tak serupa orang. Ditambah pulak mood yang sentiasa tak ok, meluat, menyampah, emosi macam2 lah yang saya sendiri tak larat dah rasanya nak tanggung.

Alhamdulillah sedikit demi sedikit rasa badan ni kembali kuat, emosi semakin stabil, hati semakin tenang.
Syukur alhamdulillah saya semakin sihat. Tak perlu telan ubat mabuk 3 x sehari. Cukup sekadar sekali je. Saya dah mula memasak. Seronok tengok En Anip yang happy sebab saya kembali memasak. Hidangan pertama semestinya char keow tiaw.

Bulan Februari 2012, adalah bulan perpindahan buat saya. Pertamanya adalah perpindahan ke unit lain. dan sesuatu yang telah saya jangkakan pun, setelah saya duduk di unit sekarang ni pun hampir 5tahun. Selain tu, kami bercadang pindah rumah pada hujung bulan Februari atau pertengahan Mac. Belum confirm lagi. Sedikit demi sedikit saya dan suami mengemas barang². Si kecik 2 orang tu mmg rajin menolong, tp tolong menyepah jelah hehehe.

Saya berharap bulan Februari onwards hidup saya lebih berkualiti, lebih mengembirakan orang lain.

2 comments:

  1. selamat bertukar ke unit baru kak! hehehehe.....gonna miss u... :D :P

    ReplyDelete