Tuesday, January 3, 2012

Sedih tengok anak

Saya adalah lama sangat rasanya tak memasak. Sepanjang mabuk ni adalah 3,4 kali je memasak. Itupun dengan sangat payahnya, dengan muntahnya.

Tapi cuti baru ni saya sangat lah kesian dengan anak-anak saya. Diorang ni sangat lah pemakan orangnya. Tak sampai ati tgk diorang, asyik beli je lauk. Mana nak sama kan dgn masak sendiri.

Aritu masak simple je ikan goreng dan rebus sayur bayam merah. Sepantas kilat saya didapur, sebab saya tak boleh diri lama rasa nak pitam. Kemas mengemas En suami lah yg buatkan, saya tak larat.
Masa suapkan diorang punyalah berselera. Berebut² adik beradik ni. Hampir menitis airmata saya ni. Bukan masak hebat pun. Tapi air tangan ibu melebihi segala2 nya. Saya cakap dgn anak2 saya, doakan ibu cepat sihat ye, ibu nak masak utk anak2 ibu.

Mood Sedih :(
Ok bye

2 comments:

  1. hihihi.. yela haza, xpela kejap je.. lps ni blh masak byk² bg family mkn.. sedih kn bile tgk anak kite mkn masakan kite brebut².. terharu sgt.. ;)

    ReplyDelete