Wednesday, October 31, 2012

Family



Weekend husband & wife sebenarnya menuntut kesabaran tinggi. Pengorbanan perlu dilakukan demi merubah nasib keluarga. Tidak terfikir di fikiran akan menempuh semua ini.

Penat dan stress terpaksa dilalui. Semua benda terpaksa dilakukan sendiri.

Nampak seperti mengeluh entri ini, tapi saya nak meluahkan apa yg terpendam supaya ringan sedikit apa yang dipikul.

Doa saya semoga kami dapat hidup bersama kembali. Kesian pada anak².

Dan lagi bertambah sedih bila baca kisah ini....

''Bayi Tertidur Atas Mayat Ibu''

''Tangisan berterusan bayi berusia tujuh bulan terjawab apabila dia ditemui tertidur di atas mayat ibunya selepas 14 jam, dipercayai kerana kelaparan dan kepenatan.
Dalam kejadian menyayat hati, Normaya Mokhtar, 33, dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira jam 6 petang Rabu lalu di Kuarters Perumahan Guru Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh dan mayat mangsa bersama anaknya yang tertidur hanya ditemui jam 8 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa yang bertugas sebagai guru bahasa Jepun di sekolah itu tinggal berdua bersama bayinya di rumah yang berkunci, manakala suaminya bekerja di Johor Bahru...''

...petikan dari BHOnline
 
Ya Allah lindungi lah kami sekeluarga dari malapetaka yang bahaya

No comments:

Post a Comment