Monday, October 22, 2012

Humaira




Anak saya yg sulung ni, baru 3 tahun 8 bulan. Tahun depan cadangnya nak masukkan ke tadika. Dia pun dah semangat nak belajar.

Semenjak ada adik kecik ni, dia dah boleh harap utk tengokkan zahira waktu saya nak memasak ke, nak solat ke, nak mandi ke. Tapi kadang² tu buat perangai jugak sebab asyik nak dengar cakap dia je, dan tanpa sedar saya selalu marahkan dia. Kesian kakak, dia pun nak kan perhatian sebenarnya(taip...sambil air mata bergenang). Bila Safiyya dan Zahira dah tidur, saya cuba luangkan masa utk ajar dia menulis, membaca buku cerita sebelum dia tidur. Selain tu humaira rajin tlg lipat kain. Mula² tu mmg lah tak berapa kemas, tapi makin lama ada perubahan.

Ibu doakan semoga Humaira menjadi anak yang mendengar kata, sabar dengan kerenah adik² dan rajin tolong ibu ye.

1 comment: