Wednesday, December 26, 2012

Zahira - Warded @ Hospital Putrajaya (15 - 19 Dec 2012) Diagnosis: Lung Infection




Baru-baru ni anak saya yg no 3, Zahira warded di Hosp Putrajaya. 1st time pengalaman anak sakit sampai kena warded. Pada mulanya demam, batuk, selesema. Ingatkan biasa² saje. Hari kedua demam bawa ke Hospital Pakar Annur , Bangi tengah malam sbb badan panas sangat. Hari keempat demam tidak kebah, berserta batuk selesema walaupun telah ambil Augmentin (antibiotik). Dehydrated, nafas laju, oksigen kurang. Time ni kesian sungguh tengok. Bawa dulu ke klinik, tapi klinik suruh segera ke hospital.

Balik rumah dulu packing². Perjalanan dari rumah ke hospital terasa sangatlah jauh. Ditambah pulak ada AES di Putrajaya, nak pecut pun tak boleh. Sangat gelisah dlm kereta ditemani emak. Jenuh saya suruh En Suami bawak laju²(padahal mmg laju sebenarnya, saya ni yg resah gelisah).

Bila sampai di kecemasan, tak lama nama dipanggil terus ke bilik semi kritikal, seterusnya ke red zone. Time tu air mata mencurah² melihat keadaan dia sgt lemah. Susu tidak minum seharian ditambah pula muntah. Tapi alhamdulillah urusan masuk ke wad cepat.



 
Day 1- sian sangat masa ni. Neb setiap 4 jam bermakna 6 kali sehari. Antibiotik yang guna mesin sekali sehari dan antibiotik drip 3 kali sehari.

 
Day 1- berbedung pun elok je tak buka². tak larat agaknya

 
Day 2- masih xnak senyum.

Day 3 - mula skit nak main, tp muka still masam

 Day 4 - tak berapa ceria lagi
 
 
 

Day 5.. Alhamdulillah syukur sgt dah sihat...dah boleh keluar
 
 
 
 
 
 


5 comments:

  1. Macam tu la keadaan Zandra warded hari tu...kesian sgt. Paling dia tak suka pakai oksigen tu...tapi kenangkan nak sihat je kan...

    ReplyDelete
  2. Aduhai, kesiannya la baby Zahira..tgk gambar day by day tu mmg seriously muka dia muka tak larat, tiada keceriaann...huhu..ibunya pun mesti tak ceria jgk kan... Alhamdullilah dh sembuh smuanya...
    nanti upload muka ceria smula k... :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah
    SALAM, SY ADA NAK JUAL TERMOMETER DIGITAL MURAH
    MURAH HARGA BARANG RM20.00 (TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN)
    KEMPEN 1 RUMAH 1 TERMOMETER-(BUZZLE BERBUNYI BILA DAPAT BACAAN SUHU SEBENAR BADAN)
    LAYARI BLOG DIBAWAH
    http://termometer-digital-suhu-badan-bbt.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. sedih kan bila anak warded. anak saya dulu kena rotavirus tu la yg paling menyedihkan. tiub dan wayar berselirat sana sini. dugaan buat ibu2 mcm kita ni. alhamdulillah zahira dah sembuh :)

    ReplyDelete
  5. Kesiannya sayang auntie....Alhamdulillah dh recover. aritu ingat smpat nk lari ke putrajaya sekejap tapi tak kesampaian....nanti lah auntie dtg umah Zahira ye. Umah baru Zahira pon auntie x sampai lagi....huhuuuu

    ReplyDelete