Thursday, January 17, 2013

Update sikit pasal anak

 
Safiyya - Tahun 2013 umurnya 3 tahun. Sangat riuh mulutnya..dan volume kuat pulak tu. Disebabkan suara kuat selalu kena marah sebab adiknya mesti terjaga dari tidur bila dengar kakngah bersuara. Kalau dia takde sunyi sangat rumah rasanya.
 
 
 
 
 
Zahira - Dah nak masuk 7 bulan umurnya. Tak boleh tinggalkan dia sorang diri, mesti meraung. Dia nak org duk keliling dia. Paling suka keletahnya masa dia dok dengan kakak² nya. Entry tentang dia adalah sangat sedikit. Saya cuba untuk tahun ni utk story byk skit tentang Zahira
 
 
Humaira - Anak sulung saya yang dah masuk sekolah tadika. Umur 4 tahun.
Paling sensitif, kuat nangis. Tapi pegi school tak nangis cool je.
Dia cepat menangis kalo dgn ibu ngan abahnya je, nak perhatian lebih kutt.
 
 
 
 
 
 
 
1st day - Kena beratur paling belakang huhu, sbb paling tinggi. Uniform pun dah size L time 4tahun, umur 6 tahun size apa kena pakai pun tatau la. Meninggi sgt dia ni.
 
 
Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat bahagia ini. Walaupun ada sedikit nikmat yang Engkau ambil, tapi terlalu banyak yg telah Engkau berikan.

1 comment: