Monday, March 18, 2013

Gambar Makan²


Hari ni entry nak tunjuk gambar makan².



Sengkuang Calit
 
Mesti korang ada yang penah makan sengkuang ni time sekolah² dulu kan. Dulu² murah je 20sen je kot. Sekarang harganya RM2.00 untuk 1 slice hahahaha amik kauu. Kebetulan pergi pasar malam area Giant, Saujana Impian, jumpa sengkuang ni, terus beli. Sedappppnya. Kacangnya melimpah ruah.Anip tak reti makan. 1st time jumpa katanya. Tapi dia kata sedap. Ok boleh beli lagi pasni.
 
 
 

Buah Melaka
 
Resepi yang sangat simple. Cuma rajin dengan tidak je. Humaira yg paling suka buah melaka ni. Ini pun atas permintaan dia. Untuk makan anak beranak lepas la, maklumlah amatur pun, taklah sesedap mak buat. Tapi rasa penat hilang bila tgk anak suka makan plus benda yang dimasak habis.
 
 
 
 

Capati bersama kari kambing, Selera Duta
 
Ni memang feveret saya sejak dulu. Kari kambing nya mavelesss. Bulan 1 baru ni JJCM TV3 datang. Wahhh kelas kedai pakcik ni, masuk tv. Harga capati sekeping bersama kari kambing ialah RM6.00. Kalau pilih kari ayam harganya cuma RM3.00.
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment