Wednesday, March 6, 2013

Kosong kosong kosong


Sejak akhir² ni saya rasa tak happy. Banyak benda difikirkan, banyak benda kena sacrifice. Saya cuba untuk kuat, tapi kadang² hati ni terlalu rapuh.

Berpisah dengan anak setiap minggu bukan suatu perkara mudah. Perang emosi saban minggu buat saya penat. Lebih baik penat jaga anak daripada penat beremosi.

Kualiti tidur pun sudah takde lagi. Bukan sebab anak jaga malam (itu small matter je). Tapi sebab saya ni penakut. Telinga saya sgt sensitif di waktu malam, agaknya bunyi kertas jatuh pun saya boleh dengar.

Sampai satu tahap sampai rasa nak berhenti kerja jaga anak. Tapi itu kalau pikir short term la. Biasalah bila tgh stress kita tak boleh pikir sgt.

Saya redha dan bersabar semuanya, mungkin kadang² tak cukup rehat, badan penat saya tak boleh nak control perasaan.

sumber pic: google

1 comment:

  1. baru baca blog Haza.. Lama tak update and jengah blog sendiri pun,,, sabar yeh Haza..Insyaallah setiap pengorbanan ada ganjaran NYA... fikirkan yang elok2 jaa okay :) Take Care Tau

    ReplyDelete