Tuesday, March 26, 2013

Sana sini orang tak sihat


Zahira baru baik demam, sambung pulak dengan Safiyya. Zahira demam, batuk dan selesema teruk jugak. Kali ni gagahkan jugak pergi ke klinik Dr Wati. Saya suka dengan cara Dr ni, cuma bila dah duduk jauh plus husband duduk jauh, membataskan diri nak ke sana (Desa Melawati). Tapi sebab saya xnak pisang berbuah dua kali saya gagahkan jugak. Dua hari pergi ambik neb di sana.

Alhamdulillah dah sihat Zahira. Sambung pulak dengan Safiyya, demam, batuk, selesema. Dia ni kalau sakit agak payah. Sebab langsung xnak makan ubat. Bersilat nak bagi dia ubat. Dah lah sebeban doktor bagi ubat. Arghhhhh..Lepas tu bila batuk, haa kau habis muntah. Siap sedialah nak lap muntah dia. Saya kalau dia muntah mmg capai plastik je. Kalau sempatlah. Kalau takjenuhlah nak membersihnya.

Maknya pun dah hampir tumbang, bila check kat klinik, Dr kata awak ni low blood pressure. Pucat plus letih agaknya.

No comments:

Post a Comment