Friday, April 26, 2013

Medical Examination Report







Nak ambil report ni sungguh suspen seperti nak ambil report card time sekolah dulu hihihi. Kali ni agak risau sbb tau cara pemakanan selepas bersalin no 3 adalah sangat teruk, seolah-olah seperti hidup untuk makan.

Resultnya keseluruhan ok, cuma kolestrol dan liver function bacaan tak cantik. Kolestrol tinggi :( . Bacaan pada  Gamma GT(liver test) pun tinggi.

Dalam report tersebut, recommendation dari doktor antaranya to start medication to reduce cholesterol level. Lagi..to repeat liver funcition test in 6 months. Terkejut jugak sebab last saya buat full medical check up alhamdulillah takde masalah. Semua bacaan cantik. Last buat pun rasanya sebelum kawin. Awal tahun 2008, lama dah tu.

Sebab sayangkan, orang² yang menyayangi saya :) , saya pun berazam nak jaga makan. Contohnya sblm ni setiap minggu mesti saya makan organ dalaman, lepas ni kena kurangkan sebulan sekali ke. Nak ubah drastik tak boleh, kena pelan tapi istiqamah..harapnya. Seafood seperti sotong adalah high kolestrol. Itu sangat feveret :(








No comments:

Post a Comment