Tuesday, April 16, 2013

Pandai² lah rancang masa



Kadang-kadang kita rasa masa 24 jam sehari adalah tak cukup. Macam-macam nak buat tapi tak sempat. Tapi percayalah kalau kita bijak bahagikan masa, semuanya sempat je. Contohnya, untuk esok kita dah plan dari pagi hingga ke malam apa yang kita nak buat. Kita kena plan sehari awal. Atau 2 hari awal.

Kalau nak masak setiap hari sempat sebenarnya. Dengan syarat lauk² telah dibeli awal dan siap di basuh. Cabai kering dan bawang telah siap diblend, supaya nak guna senang. Baju pulak di basuh dan di sidai dan terus dilipat setelah kering. Tetapi ...hahahah part ni lah yang lemah ni, bila kita start baring dok mengadap tv, start bukak facebook, keek, games dan sebagainya mmg kelaut lah. Semua benda tak menjadi. Akan menjadi malas nak bangun sebab dah syok bergolek² dengan anak², dgn gadjet masing². Ini pengalaman sendiri hihihi.

Bila weekend anak² mesti ajak keluar, tak kisahlah beriadah ke, window shopping ke. Nak keluar boleh, tapi kena bagi syarat. Syaratnya adalah rumah mesti dikemas, especially di hall, di dapur. Toys semua disimpan, selagi ada barang selagi tu tak keluar walaupun dah siap pakai baju cantik². Alhamdulillah Humaira dah faham cuma Safiyya masih ada ngelat² lagi. Sinki pun kena clear, n sampah pun siap buang.

Sebab...bila balik penat² tgk rumah kemas (walaupun tak perfect) , hilang sikit rasa penat. Bayangkan balik penat² toys budak² bersepah sampai nak jalan pun terpijak, mulalah nak jadi hulk huhu. Pastu dahaga nak minum, gelas pulak kotor semua. Hanginnn lagi. Pulak tu anak nangis nak susu, semua botol susu kotor hahahah lagi hangin. Sudahnya penat dapat, anak pulak kena marah.

Part nak tidokan anak lagilah mencabar. Ni bila kes saya sorang² handle 3 org anak. Yang paling kecik nak tido, kena dipeluk, ditopok. Pada masa yang sama yang no 2 nak tido jugak nak susu. Taknak beralah nak dipeluk jugak. So kiri kanan, anak di lengan. Yang no 1, time tu jugak nak susu, nak itu ini, padahal adiknya mata mcm nak pejam. Tapi kakak dah bising² sbb kehendak tak diikut. Fuhhhh kalau tak sabar boleh dilambung² rasanya anak hahahha. Takdelah kot kejam camtu, masih waras n ingat Allah lagi. Cuma dia punya stress tu sampai high level punya.

Saya salute lah sape yg handle anak sorang² bila husband keje jauh, balik sebulan sekali , dua bulan sekali ke. Saya ni weekend husband pun dah haru biru hidup. Belum lagi part hujan lebat guruh kilat, takde letrik..hahaha bygkan lah korang bersama anak dalam gelap. fuhhhhh tarik nafas dendalam.

Oklah dah lari topik. Esok saya kursus 3 hari, anak pastinya pos balik kampung.

No comments:

Post a Comment