Tuesday, June 4, 2013

Family ku



Bulan Jun tiba. Sedar tak sedar hampir 9 bulan berlalu. 9 bulan saya belajar erti berdikari. Tempoh yg sukar bagi saya dan juga suami. Tapi kena byk bersabar, redha dengan kententuan. Belum ada rezeki untuk suami bekerja dekat dengan rumah kami.

Di kala sibuk anak masuk hospital, hari anniversary tahun ni tidak diraikan. Hanya ucapan sahaja. Tahun yang ke 5 bersama suami. Bermula tahun pertama hingga sekarang, dugaan yang Allah turunkan tidak pernah terlintas dlm fikiran kami. Tapi alhamdulillah berjaya ditempuhi bersama.

Begitu juga rezeki yang diberi sangat tak terduga dan terjangkau difikiran kami. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat atas nikmatmu. Diberi anak yang comel, memiliki rumah sendiri, dan pekerjaan yang tetap.

Selalu ingat pesanan mak, "kena sabar..jgn merungut. Doa byk²"



No comments:

Post a Comment