Tuesday, July 23, 2013

Dugaan yang hebat bulan ini



Sungguh banyak dugaan bulan ni pada saya.


Antaranya masa pulang dari kerja, kereta hijau saya pancit tgh jalan.Punyalah tak sedar berat kereta tu, siap dah berbunyi mcm skru nak tercabut. Nasib baik tak jauh dari rumah, dalam 5km mcm tu. Bila dah tau saya gagahkan bawak terus sampai ke rumah dan call en suami yang berada di perak. Pulanglah dia mlm tu jugak demi isteri tercinta. Nak buat mcm mana nak tukar tayar pun teman tak reti :( Tayar tak boleh ditampal pun dah rosak teruk. Kena beli tayar baru. Aduhhhh dugaann.


 
 
 
 
 
Kete ijau kejadian hujung bulan Jun. Ni kete satu lagi kejadian Jumaat lepas. Time ni awal pagi on the way pegi office. Dah masuk highway...kat Sg Long. Rasa tak sedap hati sbb dengar bunyi tayar mcm ada sesuatu. Bila berhenti bahu jalan tengok dah lembik selembiknya. Mujur sangat-sangat Ya Allah en suami ada keje di Putrajaya. Nasib lah masih di rumah lagi. Call dia suh dtg. You are my hero lah :) hehehhe. Bila check tayar tembuk okay, langsung tak boleh tampal. Aduss kali kedua terbang $$$$. Takpelah dugaan dugaan.
 
Bila balik rumah saya tengok depan pagar rumah ada byk skru, kecik ada besar ada. Part basikal sepah depan gate. Ishh ni sape punya keje ni. Mesti tayar kete tembuk sbb ni. Nak marah sangat², tapi sbb puasa saya sabarkannnn.


1 comment:

  1. salam eid mubarak kak.. kak, saya skrg dah tak keje kat Transient lagi, saya keje PTS Media Sdn Bhd skrg..

    ReplyDelete