Thursday, July 4, 2013

Saya di Bulan Ramadhan



Ramadhan hampir tiba minggu depan. Kena pandai uruskan masa sebaik-baiknya. Semoga saya kuat menguruskan hal anak-anak berseorangan di pagi hari .

Bulan puasa saya masuk office pukul 7.30pagi. Bermakna saya perlu bertolak dari rumah pukul 6 pagi. Paling lewat pun 6.10 mesti dah kena gerak. Humaira pula nak ke sekolah, mesti mandikan dia dulu. Pukul 5.30 pagi dah kena gerak dia suh mandi. Kesiannyaa..awal sungguh dia kena mandi. Kadang senang gerak, kadang susah...huhuhu stressss nya. Harap dia okaylah sepanjang Ramadhan.

Hantar Zahira ke taska pula. Tak jauh dari rumah..dlm 5 minit je.Yang ni problemnya. Harapnya cikgu di taska dapat sampai pukul 6 pagi. Selalunya tercongoklah saya depan gate tunggu diorang dtg. Dah inform diorang yg saya akan hantar baby awal.

Jarak dari rumah ke ofis lebih kurang 45km, tetapi masa yg diambil utk sampai ke office, jika jln sesak boleh jadi sejam setengah.

Cerita tentang balik pulak, saya keluar office bulan puasa nanti pukul 4.30 petang. Saya kena pastikan sampai ke taska utk ambil Zahira sebelum pukul 6petang. Sebab taska ditutup pukul 6 petang. Ya Allah permudahkan lah urusan hamba mu. Betapa pagi dan petang berkejaran saya di atas jalan. Moga kereta hijau kesayangan saya baik-baik sahaja.


*Berbuka bersama anak-anak :( sob..sob..

2 comments:

  1. hai.. salam kenal,
    follower no.47
    done follow sini,
    jom follow teman yea..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete