Thursday, September 12, 2013

Moga hari ini lebih baik dari semalam



Genap setahun sudah kehidupan 'PJJ' kami. Pada awal 6 bulan pertama, mmg terlalu sukar ditambah pula baru habis pantang. Apabila anak demam panas di tengah malam, anak dimasukkan 2 kali ke hospital. Ya Allah sungguh berat ujianmu. Dan tinggal pula di rumah yang lebih jauh dari tempat kerja. Semua itu menuntut kesabaran yang tinggi. Manakan tidak, orang lain baru bangun tidur, saya mendukung anak masuk ke kereta. Ujian yang Allah beri pada yang mampu, dan tiada pilihan untuk saya, melainkan harus kuatkan semangat.

Sudah setahun, saya banyak belajar menguruskan kehidupan keluarga dengan lebih cekap. Tetapi masih terkial2 juga huhuhu. Perancangan harus di buat awal. Jika dikatakan penat semua orang penat. Tapi yang penting kena hati gembira.

Dikelilingi oleh orang yang memotivasikan saya, sangat membahagiakan. Saya perlu kata2 semangat...kata2 yang memberi saya kekuatan.

Setiap hari saya cuba perbaiki diri, cuba untuk memberi tumpuan pada anak. Bila anak meragam, itu sebenarnya dia nakkan perhatian. Teringat youtube ustaz don saya tonton pagi tadi. Anak kecil perlukan perhatian. Mereka kerap bertanya itu dan ini dan kita pula sibuk dengan FB, TV, Whatsapp. Langsung acuh tidak acuh menjawab pertanyaan mereka. Jangan menyesal bila mereka besar nanti mereka tidak pedulikan kita disebabkan oleh sikap kita. Tersentak saya menonton youtube tersebut. Ya Allah, saya sibuk mengejar harta duniawi, harta yang Allah berikan saya tidak menjaganya dengan baik.



No comments:

Post a Comment